• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Mexico Berpesta Rai Korea Selatan

oleh AK-47
28/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Ratusan penyokong Mexico berpesta di luar kedutaan Korea Selatan di sini sebagai tanda berterima kasih kepada negara Asia itu yang menewaskan Jerman sekali gus menjamin pasukan mereka melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia, awal pagi tadi.

Selepas Sweden menewaskan Mexico 3-0, penyokong Mexico memberikan sokongan kepada Korea Selatan yang sebelumnya tersemat kebimbangan betapa kemenangan Jerman bakal menyingkirkan pasukan mereka daripada temasya bola sepak terbesar dunia itu.

Korea Selatan kemudian melakukan kejutan, menewaskan Jerman 2-0 dengan kedua-dua gol berkenaan hadir pada minit-minit terakhir perlawanan sekali gus menyingkirkan bekas juara dunia itu.

Keputusan itu secara tidak langsung membolehkan Mexico menamatkan peringkat kumpulan F di tangga kedua dan meskipun Korea Selatan turut terkeluar, penyokong Mexico berkumpul di kedutaan bagi meraikan kemenangan negara Asia itu.

“Terima kasih, (Korea) terbaik. Mereka terbaik,” kata seorang penyokong Mexico berusia 19 tahun, Gladys Ison sambil mengibarkan bendera Korea Selatan di luar kedutaan negara Asia itu.

Konsul jeneral kedutaan di Mexico, Bjoung-jin Han berkata: “Tidak ada perbezaan antara Mexico dan Korea pada hari ini. Kami meraikan bersama-sama.” – Reuters

Tags: mexicopestaPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peneroka Felda Jengka Lapor Polis Tidak Terima Insentif

Next Post

Kementerian Pertahanan Kaji Semula Kurikulum PLKN

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dua Wanita Di Universiti Mexico Maut Ditikam Seorang Lelaki

07/03/2024
0

MEXICO CITY: Seorang lelaki kelmarin menikam mati dua wanita di sebuah universiti di bandar Guadalajara di barat Mexico, kata seorang...

8 Maut Akibat Gelombang Haba Melampau Di Mexico

8 Maut Akibat Gelombang Haba Melampau Di Mexico

17/06/2023
0

GLOBAL | Lapan orang maut akibat gelombang haba yang melanda Mexico baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan. Ikuti...

Next Post

Kementerian Pertahanan Kaji Semula Kurikulum PLKN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd