• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Rompak Kedai Serbaneka Dijel, Sebat

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merompak sebuah kedai serbaneka dan mencederakan pekerja kedai itu di Damansara, tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahrul Nizam Aini, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 22 Mei lalu.

Lelaki itu didakwa merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas pekerja kedai 7-Eleven, Saiful Ammar Hasmi, 25, di premis kedai serbaneka itu di Glomac Centro, Jalan Teratai PJU6A Damansara, pada 11 malam, 21 Mei 2017.

Pertuduhan dilaksanakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim memohoh mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira tertuduh melakukan perbuatan rompak itu dengan ganas.

“Tindakan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan saya pohon mahkamah mengambil kira faktor keselamatan serta kepentingan awam melebihi kepentingannya,” katanya.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf selain perlu menanggung adiknya.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa sedang mengemas barang di dalam premis sebelum didatangi seorang lelaki bertopi keledar yang mengarahnya mengeluarkan wang daripada mesin penyimpan tetapi mangsa mengeluarkan sebatang kayu cota untuk menghalang tindakan lelaki itu.

Tertuduh kemudian mengeluarkan sebilah pisau daripada baju untuk menakutkan dan memukul mangsa sebelum melarikan diri dari kedai itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: PenganggurPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd