• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Iceland Bawa Semangat Viking Ke Rusia

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VOLGOGRAD – Berbekal semangat Viking, dua peminat Iceland mengembara sejauh 5,000 kilometer dengan kereta buatan Rusia, Lada untuk menyokong pasukan mereka di Piala Dunia.

Pekerja perkhidmatan pos, Kristbjorn Hilmir Kjartansson dan rakannya, Gretar Jonsson, seorang pelajar perfileman mengambil masa 14 hari untuk perjalanan dari ibu kota Reykjavik ke Volgograd.

“Ia adalah satu semangat pengembaraan,” kata Jonsson sewaktu menunjukkan kereta berkenaan di Volgograd Arena hari ini.

“Anda tahu Viking adalah penjelajah, pelayar dan pejuang yang hebat jadi kami mengambil semangat mereka untuk pengembaraan ini. Ia memang gila tetapi sungguh menyeronokkan.”

Kedua-dua mereka yang berusia 30 tahun, mengecat kereta berkenaan dengan warna merah, putih dan biru lambang pasukan kebangsaan mereka sebelum mengambil feri dari Iceland ke Denmark.

Mereka selepas itu berjaya memandu ke Jerman, merentasi Poland, Lithuania dan Latvia sebelum akhirnya tiba di Moscow, di mana sempat menyaksikan Iceland mengikat juara dua kali, Argentina 1-1 pada Sabtu lalu.

Mereka kemudiannya memandu ke selatan menuju ke Volgograd sebelum perlawanan kedua pasukan menentang Nigeria pada Jumaat.

Kjartansson terfikir untuk menyertai Piala Dunia selepas memenangi Lada, yang mempunyai logo kelihatan seperti kapal layar Viking menerusi pertandingan yang dianjurkan sebuah agensi pelancongan.

Mereka hanya berdepan satu masalah ketika perjalanan itu apabila enjin kereta mengalami kepanasan melampau di Moscow.

Sekumpulan rakyat tempatan segera membantu mengatasi masalah itu. Kedua-dua peminat itu mahu memandu ke Rostov-on-Don untuk aksi terakhir Kumpulan D menentang Croatia sebelum pulang ke negara mereka. – Reuters

Tags: icelandmengembara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

Pasangan Usung Anak Jelajah Dunia

23/03/2019
0

LONDON - Sepasang suami isteri, Karen Edwards, 34, dan Shaun Bayes, 33, telah membawa dua anak mereka mengembara ke berpuluh-puluh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd