• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Berpengalaman Pastikan Kestabilan UMNO

oleh Haris
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG pemilihan jawatan tertinggi UMNO yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi, persoalan kini bermain di minda pemimpin-pemimpin yang berusia dalam parti mengenai nasib mereka selepas ini.

Perebutan bagi jawatan Presiden UMNO menyaksikan lima calon layak bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu.

Namun begitu, tumpuan pasti terarah kepada tiga calon utama iaitu pemangku Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Ketiga-tiga mereka sudah pun menyampaikan manifesto bagi memperkasakan UMNO selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.

Calon yang menarik perhatian anak muda di seluruh negara tentunya Khairy yang dilihat mampu membawa perubahan dalam UMNO dengan sokongan generasi muda.

Bagaimanapun, timbulnya persoalan dalam kalangan ‘otai’ UMNO sama ada Khairy akan meminggirkan mereka sekiranya dilantik menjadi presiden parti yang baharu.

Khairy Jamaluddin

Ini selepas kenyataan Khairy yang mahu membebaskan UMNO daripada apa yang disifatkan sebagai cengkaman panglima politik atau warlords ketika mengumumkan bertanding bagi jawatan itu tempoh hari.

Perkara itu jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli UMNO sekiranya benar Khairy akan menyingkirkan pemimpin parti yang berpengalaman dan digantikan dengan pemimpin muda.

Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan peranan pemimpin lama yang banyak pengaruh dan jasa dalam parti semakin terpinggir dan boleh mencetus ketidakstabilan dalam parti.

Perlu diingat bahawa pengalaman pemimpin lama dalam UMNO sangat diperlukan dalam proses peralihan yang sedang berlangsung sekarang ini.

Lebih-lebih lagi selepas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu yang menyebabkan UMNO kini sangat memerlukan pengalaman politik mereka yang bijaksana.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Tidak dinafikan, semangat serta keberanian generasi muda amat diperlukan dalam UMNO terutama dalam usahanya menjadi pembangkang berwibawa menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah, kejayaan PH ‘menakluki’ Putrajaya juga disebabkan golongan pengundi muda yang terpengaruh dengan segala tohmahan serta fitnah yang ditabur PH sebagai pembangkang ketika itu.

Disebabkan perkara itulah, UMNO masih memerlukan orang-orang lama ini untuk menstabilkan semula parti sebelum ‘meremajakan’ parti secara menyeluruh.

Selain itu, harus diambil perhatian bahawa  orang-orang lama dalam UMNO ini masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat terutama bagi bahagian atau kawasan yang diwakili.

Khairy juga perlu ingat bahawa kebanyakan pengundi yang masih setia mengundi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah golongan berusia serta orang Melayu.

Oleh itu, amat penting untuk UMNO memberikan perhatian yang penuh kepada golongan ini dan hanya memperbetulkan apa yang rosak dalam parti tanpa melakukan rombakan besar-besaran.

Justeru, Khairy dilihat perlu lebih progresif dan dalam masa sama menggunakan kepakaran yang dimiliki ‘panglima politik’ UMNO ini dan bukannya meminggirkan mereka.

UMNO mempunyai banyak segmen yang perlu dijaga dan pemimpin-pemimpin lama berpengalaman ini tidak sepatutnya ‘dihapuskan’ kerana setiap ahli parti mempunyai peranan masing-masing.

Idea serta semangat ahli muda UMNO boleh digunakan untuk menentang kerajaan habis-habisan selain menarik orang muda untuk menyokong parti keramat itu.

Manakala, kedudukan pemimpin lama yang dikenali sebagai warlords ini pula amat penting dalam memastikan kekuatan UMNO di peringkat akar umbi.

Seperti yang pernah dbangkitkan sebelum ini, umur mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya menjadi ukuran terhadap kemampuan mereka.

Lihat sahaja perdana menteri kita, tua-tua pun masih mampu mempermainkan rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy Jamaluddin Abu BakarPresiden UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd