• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembatalan HSR Selamatkan Negara, Rakyat

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor menyifatkan pembatalan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sebagai langkah bijak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menyelamatkan rakyat dan kerajaan daripada menanggung hutang yang tinggi.

Yang Dipertuanya, Datuk Syed Ali Alattas berkata projek dianggarkan bernilai RM100 bilion itu dikhuatiri hanya akan menjadi beban kepada kerajaan selain merugikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“DPMM Johor menyokong penuh keputusan kerajaan kerana kita melihat perkara ini hanya akan menambah hutang negara dan rakyat negara kita sendiri akan menanggung akibatnya.

“Ini kerana negara kita sudah mempunyai keperluan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata langkah itu juga menyelamatkan kerajaan daripada membeli semula tanah-tanah swasta dan persendirian pada harga tinggi yang terletak di kawasan hentian laluan HSR itu nanti.

“Dahulu, semasa pengumuman projek HSR dibuat, banyak pemaju dan individu berpusu-pusu membeli tanah di kawasan-kawasan hentian HSR seperti di Batu Pahat dan Muar pada harga rendah dengan harapan ia akan melambung tinggi apabila projek HSR itu siap.

“Apabila siap, mereka akan menjual semula tanah pada harga tinggi, jadi bila kerajaan mahu buat rumah mampu milik, rumah kos rendah dan sederhana sudah tidak ada tanah untuk dibangunkan kerana semua telah dibeli,” jelasnya.

Beliau berkata dengan pembatalan HSR berkenaan, hasrat pemaju yang mahu mengaut keuntungan itu kini tidak kesampaian.

Syed Ali berkata pembatalan HSR juga merupakan berita baik kepada peniaga di Johor kerana rakyat Singapura akan terus berbelanja di negeri ini dan tidak terus ke Kuala Lumpur.

“Jadi limpahan ekonomi itu ada sebab rakyat Singapura berbelanja di Johor…kalau ada HSR mereka mungkin tidak singgah di Johor dan terus ke Kuala Lumpur, akibatnya negeri kita pun mundur.

“Kita tidak boleh menafikan fakta kerana sekarang pertumbuhan ekonomi negeri kita didorong oleh faktor rakyat Singapura yang datang ke Johor dan berbelanja di sini,” katanya.

Pada 28 Mei lepas, Dr. Mahathir mengumumkan pembatalan perjanjian membina HSR kerana melihat ia tidak memberi manfaat selain tidak menguntungkan.

Perkhidmatan kereta api itu yang dijangka beroperasi pada 31 Disember 2026 dapat mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan kereta api lebih 300 kilometer (km) sejam.

Projek sepanjang 350km itu merangkumi lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh di Melaka serta Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Johor serta stesen Jurong East di Singapura. – BERNAMA

Tags: HSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd