• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Tommy Thomas Bertepatan Keperluan

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yakin pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V adalah bertepatan dengan keperluan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata seorang Peguam Negara yang diperlukan itu mestilah seorang yang cekap, cemerlang dan mempunyai reputasi yang baik dalam menjayakan segala siasatan dan tindakan undang-undang.

“Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah berkenan dengan pilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara yang baharu.

“Saya yakin dengan pemilihan ini ia dapat membantu kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang dianggap bersalah. Kita boleh lihat banyak kes yang berbangkit sepanjang pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini terutamanya 1Malaysia Development Bhd. (1MDB),” katanya kepada pemberita selepas program ‘Jom Adik Shopping Raya’ di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikhabarkan telah menggunakan khidmat sepasukan peguam kanan Amerika Syarikat termasuk John Ashcroft ​​​​​​​bagi menghadapi siasatan berhubung isu 1MDB.

“Ini menunjukan bahawa dia (Najib) telah bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung isu 1MDB sebab itu dia telah mengambil khidmat salah seorang yang agak terkenal selain peguam lain yang hebat.

“Sebab itu pihak kerajaan Persekutuan perlu ada Peguam Negara yang cekap, serius dan cemerlang seperti Tommy dan saya yakin dia dapat melaksanakan tugas dengan baik seperti yang telah dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ketua Peguam NegaraMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd