• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekebun Muda Jual Timun Serendah 20 Sen Sekilo

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJATUHAN harga sayur-sayuran mencecah serendah 20 sen sekilogram (kg) bukan penghalang bagi seorang pekebun muda meneruskan projek pertanian secara komersial di kawasan seluas 2.4 hektar.

Hanis Hamizam Abd Mubin, 26, yang mengusahakan tanaman timun, terung, petola dan peria, reda kerana sebagai pekebun, untung dan rugi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Malah, katanya, beliau yang menggunakan kaedah fertigasi terpaksa menanggung kerugian lebih RM35,000, awal tahun ini berikutan kejatuhan harga sayur, selain serangan penyakit pokok.

Beliau berkata, harga semasa sayuran sukar dijangka dan sebagai contoh, harga timun pernah jatuh sehingga serendah 40 sen bagi gred A, awal tahun ini.

“Modal semusim projek tanaman sayur ialah RM10,000, membabitkan upah pekerja, racun dan baja bagi keluasan 1.2 hektar. Keuntungan boleh mencapai dua hingga empat kali ganda jika harga tinggi.

“Walaupun pasaran sayur-sayuran sentiasa menggalakkan, harga yang rendah menyebabkan ramai pekebun `gulung tikar’ kerana tidak mampu menanggung kerugian,” katanya, di Kuantan, Pahang, hari ini.

Hanis Hamizam yang berasal dari Peramu, Pekan, mengusahakan projek tanaman sayur menerusi program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kompleks Pertanian Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura, di sini dan Peramu.

Beliau yang memiliki Diploma Pengurusan Projek, Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, kejatuhan harga sayur-sayuran banyak dipengaruhi sikap tamak `orang tengah’ atau pemborong yang inginkan keuntungan lebih.

Katanya, pemborong sesuka hati menentukan harga semasa sayur-sayuran hingga menyebabkan pekebun menanggung kerugian, pengeluar tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya menerima senarai harga ditetapkan.

“Sebagai contoh di peringkat ladang, pemborong membeli timun dan peria dengan harga antara 20 sen hingga 40 sen sekilogram namun apabila sampai kepada pengguna, harganya meningkat tiga hingga lima kali ganda.

“Pemborong yang hanya mengeluarkan sedikit modal mengaut keuntungan berlipat ganda, sedangkan pekebun meraih pendapatan tidak seberapa,” katanya.

Katanya, purata semusim beliau mampu menghasilkan lebih 50 tan timun dan terung mini yang dijual dengan harga RM2.20 sekilogram.

“Dalam setahun, saya mengusahakan lima hingga enam pusingan tanaman dan pengalaman selama empat tahun sebagai pekebun sayur memberi kelebihan kepada saya untuk berdepan cabaran,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Petanitimun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd