• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Salah Guna Kuasa Akan Dikena Tindakan

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pegawainya yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam memproses permohonan pertukaran guru seperti dakwaan yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya mengambil serius dakwaan tersebut kerana ia melibatkan integriti pegawainya dan satu siasatan dalaman telah digerakkan bagi meneliti isu terlibat.

Malah katanya satu laporan polis juga telah dibuat oleh seorang pegawai kanan kementerian hari ini terhadap pemilik akaun Facebook atas nama ‘Nur Amirah’ yang dikatakan menularkan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembayaran bagi memproses permohonan pertukaran guru itu.

“Tiada siapa kebal dengan undang-undang, kita ambil serius dakwaan yang tular itu kerana kita mahu pastikan pentadbiran baharu mengamalkan tadbir urus yang baik dan memberikan hak (permohonan pertukaran) kepada individu yang layak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf, di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan pertukaran guru hanya dibuka sekali setahun dan bagi tahun ini ialah dari 18 Feb hingga 25 Mac lepas yang menyaksikan 25,332 guru telah membuat permohonan menerusi Modul e-GTukar KPM.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 permohonan telah diluluskan bagi sesi Jun 2018 merangkumi pertukaran 1,257 guru sekolah rendah dan 876 guru sekolah menengah.

Menurutnya alasan terbanyak yang diberi kelulusan ialah mengikut pasangan iaitu seramai 951 orang, tempoh berkhidmat (387 orang), lain-lain alasan munasabah (368 orang), sakit kronik (219 orang), kes permohonan bersama (168 orang), dan kes ancaman keselamatan (40 orang).

Sementara itu ditanya sama ada kementerian akan meneruskan perancangan Pusat Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik) Kebangsaan yang dibuat kerajaan sebelum ini, Maszlee berkata sebarang perkara baik yang diinisiatifkan pada masa itu akan dikekalkan.

“Tidak kira sama ada STEM atau mana-mana inisiatif lain termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) akan dikekalkan namun kita akan teliti semula perkara yang telah dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd