• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patriot Mahu ‘Skandal Bazar Ramadan’ Disiasat

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar siasatan “berdasarkan ketegasan undang-undang sepenuhnya” dilakukan terhadap apa yang disebut sebagai Skandal Bazar Ramadan dan menyifatkannya sebagai “tanda dengan dakwat merah pertama” bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Skandal adalah skandal, tidak kira walau betapa kecil sekali pun, dan mesti disiasat dengan berdasarkan ketegasan undang-undang sepenuhnya,” kata presiden Patriot Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata tindakan perlu diambil terhadap mana pihak yang didapati bersalah kerana dengan cara itu sahajalah PH akan terus mendapat keyakinan serta rasa hormat sepenuhnya daripada rakyat.

Skandal Bazar Ramadan timbul sepelas ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Noorhisyam Abd Karim dituduh menyalahgunakan hubungan politik bagi mendapatkan 80 lot bazar di Jalan Masjid India daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bayaran RM6,238.40 dan didakwa menyewanya pada kadar hingga setinggi RM5,000 bagi setiap lot melalui orang tengah.

Nama Anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun daripada DAP juga disebut berhubung perkara itu, tetapi Fong menjelaskan bahawa beliau hanya mengeluarkan surat sokongan kepada Mohd Noorhisyam dan menegaskan bahawa selain caj dikenakan DBKL, tiada sesiapa pun boleh mendapat bayaran sewa daripada peniaga.

Dalam kenyataan itu, Mohamed Arshad menyifatkan skandal berkenaan sebagai “tanda dengan dakwat merah pertama” bagi kerajaan PH dan berharap kejadian itu adalah yang terakhir bagi PH.

Beliau berkata Patriot mahu anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri PH lebih berhati-hati apabila memberi perakuan berkaitan lesen, permit, kontrak kerja dan projek.

“Begitu juga, penjawat awam dengan kerajaan tempatan, agensi dan jabatan kerajaan, tidak seharusnya takut kepada ahli politik dan mematuhi surat perakuan mereka.

“Selagi prosedur operasi standard dipatuhi dan keputusan dibuat dengan mengambil kira kebajikan orang ramai, tidak perlu timbul perasaan takut,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: bazar ramadanDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd