• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Osorio Dedah Rahsia Tumbangkan Juara Bertahan

oleh AK-47
18/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio mendedahkan kejayaan anak buahnya menewaskan juara bertahan, Jerman 1-0 dalam aksi sulung Piala Dunia adalah hasil daripada perancangan yang dilakukan selama enam bulan.

Selain itu, dia turut memberitahu pemainnya agar menerapkan mentaliti bermain untuk menang berbanding takut untuk kalah.

“Kami mula membuat perancangan sejak enam bulan lalu, kami dapat menukar beberapa bahagian disebabkan kecederaan tetapi secara asasnya adalah kami menggunakan pemain yang pantas di bahagian sayap.

“Kami memutuskan untuk memberi kepercayaan itu kepada Hirving Lozano (penjaring gol kemenangan) kerana dia adalah pemain yang pantas. Kami tampil dengan corak serangan pantas dan mempunyai beberapa peluang bagi membuka tirai jaringan lebih awal sebenarnya,” kata Osorio.

Pengendali dari Colombia itu memuji kesungguhan yang ditunjukkan pemainnya dan turut memberitahu kepada media yang beliau sanggup bertanggungjawab di atas semua kritikan yang dilemparkan.

Osorio berkata beliau cuba untuk melindungi pemainnya daripada kritikan bagi membolehkan mereka fokus sepenuhnya terhadap perlawanan.

“Kata-kata semangat yang digunakan adalah bermain untuk menang dan tidak takut untuk kalah. Saya cuba untuk meletakkan semua tekanan di atas bahu saya bagi membolehkan pemain benar-benar fokus terhadap perlawanan.

“Mereka bersaing dengan baik dan mereka bertahan seperti menyelematkan hidup mereka. Jika kami menang, kredit perlu diberikan kepada pemain dan jika kalah saya bertanggungjawab sepenuhnya…itulah dunia bola sepak,” katanya. – AFP

Tags: jurulatihmexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd