• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Minta Timbang Semula Projek MRT3

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbang semula keputusan membatalkan projek Laluan 3 Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT3) kerana ia merupakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, kata pelbagai pihak.

Shalida Abu Hasan, 40, seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta berpendapat MRT3 perlu diteruskan memandangkan perkhidmatannya sangat diperlukan bagi memudahkan pergerakan orang awam di Lembah Klang.

“Tetapi jika kewangan negara masih belum berada dalam keadaan stabil, lebih baik jika ditangguhkan buat sementara waktu. Saya sebagai pengguna harian MRT merasakan ia memang menyenangkan saya untuk ke mana-mana khususnya ke kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek tersebut atas faktor kos projek amat tinggi, dilaporkan akan memakan belanja hingga RM40 bilion.

Pegawai bank, Tan Chee Hoon, 40, yang berkongsi pandangan sama berkata beliau memahami keputusan kerajaan membatalkan projek pengangkutan awam itu, namun berharap ia dapat dipertimbangkan semula demi keperluan rakyat.

“Status kewangan negara kita masih belum mampu untuk jalankan projek besar seperti MRT3 dan kita perlu biarkan kerajaan fokus selesaikan segala hutang dahulu,” katanya.

Yusof Muhammad, 53, juga tidak bersetuju jika projek itu terus dibatalkan tanpa kajian terperinci dilakukan.

Beliau berpendapat kerajaan perlu menangguhkan projek itu dahulu dan menjalankan kajian terhadap jumlah penumpang bagi MRT1 dan MRT2, sama ada projek tersebut menepati matlamat atau tidak.

“Jika kedua-dua jenis laluan MRT ini menepati sasaran jumlah penumpang, barulah boleh dikaji semula kesesuaian pelaksanaan MRT3 tapi untuk membatalkannya, saya tidak setuju kerana ia benar-benar membantu rakyat untuk ke mana-mana tanpa perlu memandu kenderaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, bagi pengurus acara Tan Zhen Sheng, 23, pula walaupun beliau belum melihat sisi kebaikan dan keburukan pelaksanaan projek MRT3, namun yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai sebab yang kukuh untuk membatalkan projek berkenaan.

“Jika ia dibatalkan, mungkin alternatif lain boleh diambil seperti mengurangkan harga tambang pengangkutan awam dan meningkatkan lagi ketepatan masa perkhidmatan awam sedia ada, sama ada bas mahupun tren,” katanya.

Projek MRT3 yang berjarak 40 kilometer dilaporkan akan mempunyai 26 stesen dengan 19 laluan bawah tanah dijadualkan pembinaannya pada 2019, serta dijangka siap pada 2025. – BERNAMA

Tags: MRT3Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd