• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Muda Tidak Jauhi UMNO – Mohamad Hasan

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Satu petanda baik bagi UMNO apabila ada dalam kalangan pemimpin muda menawarkan diri untuk jawatan naib presiden dan Majlis Tertinggi (MT) sekali gus menepis anggapan parti itu mula dijauhi golongan muda.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara peribadi beliau melihat ada nama-nama yang menawarkan diri itu mempunyai kewibawaan dan integriti yang baik.

Katanya, ia adalah satu perkara yang baik perlu ada dalam UMNO apabila ramai orang muda menawarkan diri untuk bertanding di peringkat MT.

“Pada mulanya, apabila kita bercadang untuk membuka pencalonan kepada semua ahli, kita risau tiada yang mahu menawarkan diri untuk bertanding tetapi sebaliknya yang terjadi.

“Ini jelas menunjukkan masih ramai orang muda yang menawarkan diri untuk memimpin dengan bertanding naib presiden dan Majlis Tertinggi.

“Maka saya yakin kekalahan UMNO dalam PRU14 ini jelas ada hikmahnya. UMNO tidak perlu lagi ada pemimpin yang bukan lagi aset bagi parti,” katanya.

Mohamad juga berpendapat penting bagi UMNO untuk menjemput lebih ramai calon yang mempunyai kaliber, terutama di peringkat bahagian kerana UMNO bukan sahaja perlu kuat di atas, tetapi juga perlu kukuh di bawah.

“Kalau bahagian bawah diurus dengan baik, kita tidak akan mempunyai masalah. Tetapi jika ada mana-mana UMNO bahagian yang tidak mantap, maka akan terjadi kecelaruan dan pastinya akan diterjemahkan di dalam pilihan raya.

“Dalam hal ini, ketua bahagian berperanan sebagai ‘field commander’ yang mana dia tahu keadaan sebenar di bawah dan mereka lebih tahu cara bagaimana untuk mengatasi isu dan masalah,” katanya kepada NSTP.

Namun Mohamad mengingatkan ahli UMNO perlu menggunakan kebijaksanaan dalam membuat pilihan kerana sekiranya masih berlaku politik wang, habuan dan sebagainya, amat malang bagi parti.

“Memilih pemimpin, lihatlah juga latar belakangnya yang boleh membawa UMNO ke arah yang lebih baik. Pastikan pemimpin yang dipilih itu pemimpin yang berwibawa, berintegriti, berdaya saing dan merendah diri.

“Kita mesti berjuang dan mempertahankan isu-isu yang dekat dengan orang Melayu seperti isu Bahasa Melayu, Institusi Raja, agama Islam dan sebagainya. Masa depan UMNO terletak pada orang Melayu dan saya yakin orang Melayu tidak buang UMNO.

“Mereka tidak marahkan UMNO tetapi hanya kepada pemimpin UMNO sahaja. Kita kena hantar isyarat kepada orang Melayu bahawa parti ini sudah berubah dan akan terus memartabatkan asas perjuangannya,” katanya. – Mysuara.net

Tags: golongan mudaMT UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

21/11/2022
0

PETALING JAYA : Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan perbincangan pada malam ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan....

Golongan Muda Beli 50 Peratus Rumah PR1MA

08/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Sejumlah 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) seluruh negara terdiri golongan muda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd