• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Dapat SUK, Pegawai Kewangan Baru

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr. Razali Ab Malik, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mat Ali Hassan, berkuat kuasa hari ini.

Selain itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohd Khidir Majid dilantik sebagai Pegawai Kewangan negeri, menggantikan Datuk Johani Hasan, juga berkuat kuasa hari ini.

Kedua-dua mereka menandatangani dan mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Aminuddin Harun di pejabatnya di Wisma Negeri di Seremban, hari ini.

Aminuddin berkata, pertukaran Setiausaha Kerajaan negeri dan Pegawai Kewangan negeri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak mempunyai kaitan dengan isu politik, sebaliknya amalan biasa untuk memudahkan dan melancarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, berikutan pertukaran itu, Mat Ali dan Johani dipanggil melapor diri di JPA, Putrajaya.

“Saya mewakili kerajaan dan rakyat Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua mereka yang menjalankan tugas dengan cemerlang membantu membawa Negeri Sembilan ke tahap sekarang,” katanya pada sidang media selepas majlis ringkas berkenaan.

Sementara itu, Razali yang berasal dari Bahau menerima surat pelantikannya petang Jumaat lalu dan tidak menyangka akan dipanggil menabur bakti di negeri kelahiran sendiri.

“Saya akan berusaha untuk memajukan Negeri Sembilan ke tahap yang lebih baik selain mewujudkan hubungan erat antara SUK dengan Menteri Besar untuk melancarkan urusan pentadbiran,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khidir yang berasal dari Rembau, pula berkata, akan meneroka lebih banyak peluang dan potensi ekonomi yang lebih besar untuk memajukan negeri ini.

Turut mengangkat sumpah simpan rahsia adalah Setiausaha Politik Menteri Besar, Mokhtar Ahmad yang juga Timbalan Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) negeri dan Ketua Penerangan PKR negeri. – myMetro Online

Tags: baruSetiausaha Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kiswah Baharu Dipamer 20 Ogos Ini

15/08/2018
0

MAKKAH - Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos. Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan...

Sering Tayang Badan, Gay Tertarik Dengan Qabil

12/11/2017
0

BAGAIKAN sudah menjadi kebiasaan pula, jika artis lelaki yang sering memuat naik gambar mereka sedang 'beraksi' di gimnasium, pasti akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd