• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazim ‘Diganggu’ Peminat Remaja Kirim Foto Seksi

oleh
02/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Nazim Othman akui berasa terkejut dengan tindakan segelintir netizen remaja yang hantar gambar seksi beserta mesej pelik menerusi  mesej peribadi di laman Instagram miliknya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal, pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ini terkedu kerana dilakukan oleh mereka tanpa berfikir panjang apatah lagi dihantar kepada dirinya yang jauh lebih tua usianya.

“Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila baca setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan.

“Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar ‘dating‘ dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.

“Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik. Sebaliknya, kecanggihan sedia ada disalah guna dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.

“Sedangkan, media sosial ini kalau digunakan dengan cara baik, pasti memberikan banyak faedah,” katanya dipetik Harian Metro bagi mengulas  mengenai status dimuat naik menerusi Instastorynya pada Khamis.

Status dimuat naik Nazim menerusi Instastory miliknya
Status dimuat naik Nazim menerusi Instastory miliknya

Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang mudah termakan pujuk rayu dengan ‘melayan’ setiap permintaan netizen terutama perkara tidak masuk akal itu.

“Apabila mengetahui saya solo, mereka mungkin ingin mencuba dan menjangka saya akan layan. Namun, mereka silap sebab saya bukan jenis begitu.

“Saya solo, tetapi tidak boleh dimiliki. Hati sudah terkunci dan kunci pula sudah buang ke laut. Jadi, tidak perlu terlalu mencuba. Pergi cuba orang lain yang lebih kacak,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nazimnazim othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Diri Saya – Nazim Othman

04/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nazim Othman, 34, tidak melatah apabila diselar netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang pada pandangan...

Nazim Othman Akui Lepaskan Bella 2 Mei Lalu

27/05/2018
0

KERUNTUHAN mahligai bahagia pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally turut mengudang rasa sedih dan simpati daripada para peminat mereka....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd