• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musang Pulut Hidangan Eksotik Di Negara Jiran

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mendapati kegiatan penyeludupan didalangi penduduk tempatan telah menjadikan laluan laut untuk menyeludup haiwan eksotik ke negara jiran.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata rampasan 60 ekor spesies musang pulut berdekatan kawasan jeti di Tok Bali, Pasir Puteh, Ahad lalu membuktikan kegiatan tersebut benar-benar berlaku.

“Daripada maklumat yang diperoleh, haiwan eksotik ini biasanya akan menjadi hidangan kepada penggemar makanan eksotik khususnya di Thailand ataupun Vietnam.

“Daging haiwan ini kemungkinan mencecah puluhan ringgit ataupun lebih untuk sekilogram dan ia merupakan rampasan pertama berkaitan penyeludupan haiwan tersebut pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hasdi berkata siasatan awal mendapati musang pulut atau nama saintifiknya Paradoxurus hermaphroditus itu ditangkap dari hutan negeri ini dan Besut, Terengganu dan dikumpulkan di satu tempat sebelum diseludup keluar melalui jalan laut.

Beliau berkata sebelum ini penyeludup menggunakan jalan darat terutama laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, untuk menyeludup haiwan tersebut sama ada ke Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Ahad lalu, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan Op Gelora di sekitar perairan Tok Bali, menemui 60 ekor musang bernilai RM12,000 yang dikurung di dalam sangkar di kawasan jeti dekat kawasan itu. – BERNAMA

Tags: musang pulutPerhilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelantikan Speaker DUN Selangor Secara Konsensus

Next Post

Singapura Negara Keempat Termahal Di Dunia

Related Posts

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

03/01/2025
0

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang...

Next Post

Singapura Negara Keempat Termahal Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd