• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Terima Sambutan ‘Luar Jangka’ Di Singapura

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak menjangka masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

Bernama difahamkan bahawa ketika kunjungan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar bersamanya.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita,” kata Presiden Parti Amanah Negara – satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan – ketika ditanya tentang sambutan luar jangkaan itu.

Mohamad tiba di republik ini sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di sini.

Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baharu selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan lepas.

Rata-rata, gambar-gambar bersama masyarakat di sini dapat dilihat dikongsi di media sosial.

“Salam Jumaat. Haji Mohamad bin Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Masjid Sultan Singapura tadi. Seorang lelaki yang sederhana,” menurut sebuah laman Facebook yang turut memaparkan gambar pemimpin itu.

“Seorang pemimpin berjiwa rakyat. Alhamdulillah,” tambahnya.

Sambutan terhadap beliau di Masjid Sultan tersebut turut dilaporkan akhbar Berita Harian Singapura.

Sambutan sama turut dirasai beliau di Shangri La Hotel di mana dialog tiga hari itu berlangsung.

Difahamkan Mohamad akan dihampiri oleh peserta, malah pekerja hotel untuk merakamkan gambar bersamanya.

“Selepas makan malam pada Jumaat, kami pulang ke bilik agak lewat kerana melayani permintaan bergambar ‘peminatnya’ yang menahan beliau di lobi hotel,” menurut seorang daripada pegawai pengiring beliau.

Bernama turut menerima tempias apabila rakan media asing di sini turut bertanya sama ada penulis berpeluang untuk menemu ramah Menteri Pertahanan itu.

“Kamu dapat slot temu ramah beliau? Pukul berapa? Boleh kami ikut sama? Jangan risau kami tidak ganggu temu ramah kamu..kami hanya mahu bergambar,” itu adalah antara permintaan rakan media di sini.

Mohamad akan berlepas pulang hari ini selepas pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis. – BERNAMA

Tags: Mohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd