• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Baharu Ganti Monopoli Bernas Siap Ogos

oleh AK-47
22/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas cadangan mengenai model baharu susulan langkah menamatkan monopoli Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) akan dibentangkan ke Kabinet, dijangka pertengahan bulan depan.

Usaha merangka model berteraskan pendekatan penyelesaian menyeluruh itu akan diterajui tiga jawatankuasa khas, selain sebuah badan induk merangkumi lima kementerian.

Badan induk yang akan membentangkan laporan ke Kabinet itu dianggotai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tiga jawatankuasa khas itu masing-masing diterajui Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan; Pengerusi Majlis Penasihat Pertanian Negara, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Ahmad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, berkata fokus utama model baharu itu adalah menjaga kepentingan lebih 150,000 pesawah dan rakyat sebagai pengguna dalam industri pengeluaran beras negara.

“Kita akan panggil semua pihak termasuk Bernas supaya model baharu yang bakal dirangka perlu bersifat penyelesaian menyeluruh, bukan secara ‘piecemeal‘ atau berperingkat.

“Bernas dialu-alukan untuk menyuarakan pandangan atau cadangan sendiri sebelum ia diteliti jawatankuasa berkaitan kerana kita bersifat terbuka dalam merungkai isu monopoli beras negara yang menyentuh kepentingan menjaga keselamatan makanan.

“Golongan pesawah yang menjadi antara fokus utama kertas cadangan ini juga boleh menyuarakan pendapat mereka,” katanya pada sidang media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, hari ini.

Selepas dibentangkan untuk penelitian akhir Kabinet, Salahuddin berkata, model baharu susulan langkah menamatkan monopoli Bernas dijangka siap awal Ogos, sekali gus mewujudkan sistem penawaran dan permintaan beras yang lebih menyeluruh.

Selain itu, katanya, penggabungan lima kementerian dalam badan induk berkenaan perlu dilaksanakan kerana rangkaian pembekalan beras negara menyentuh pelbagai bidang kuasa, termasuk sistem percukaian, logistik, import, eksport dan pemeriksaan kualiti kebersihan bagi menjamin faktor kesihatan pengguna.

“Antara matlamat utama merangka model baharu bagi menggantikan monopoli oleh Bernas adalah supaya wujud penurunan harga beras, tetapi terlalu awal untuk kita rumuskan kesahihan perkara itu.

“Sebaiknya, biar kertas cadangan ini dibentangkan ke Kabinet dan kita akan lihat kesan pelaksanaannya selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, elaun sara hidup bulanan untuk nelayan bernilai RM200 menerusi Agrobank yang dikatakan tergendala akan diselesai dan dideposit ke akaun penerima mulai esok.

Beliau berkata, penerima elaun sara hidup nelayan yang masih tidak menerima bantuan berkenaan mungkin disebabkan beberapa faktor, termasuk langkah pemutihan oleh kerajaan. – BH Online

Tags: BERNASmonopoli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

31/12/2022
2

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata...

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan Pekerja Asing

14/05/2022
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd