• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa DAP Paling Berpengaruh Dalam PH?

oleh
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah mengubah landskap pertadbiran politik negara yang dilihat banyak berpihak kepada DAP sendiri.

Sejak dua menjak ini, DAP telah berani bersuara dan bertindak mempengaruhi pihak kerajaan baharu yang dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan parti-parti lain dalam komponen PH.

Tommy Thomas yang dianggap sebagai pro kepada DAP dan telah dilantik sebagai Peguam Negara merupakan salah satu senjata terbaharu DAP yang digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Melihat semula keputusan PRU14, DAP mendapat undian 42 kerusi berada di belakang PKR dengan 49 kerusi dalam PH diikuti PPBM hanya 13 kerusi dan Parti Amanah Negara (PAN) pula 10 kerusi.

Kejayaan ini sekali gus memberi ruang yang dominan bagi DAP menuntut kemahuan mereka dalam kerajaan walaupun pada mulanya mereka terpaksa akur menggunakan bendera PKR semasa PRU14 yang lepas.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sengaja tidak biar PKR lebih berkuasa dalam PRU14 supaya penyokong PKR turut sama menyokong parti lain di bawah PH terutama partinya sendiri supaya beliau diterima rakyat menjadi Perdana Menteri ke-7.

Dalam PRU14 juga PH berjaya mengaburi mata orang ramai dengan mengumpulkan beberapa parti bernaung di bawah PH sedangkan DAP sendiri yang dianggap memecahkan orang Melayu dengan menyokong penubuhan beberapa parti Melayu lain.

Penubuhan PAN sendiri bersangkut-paut dengan DAP apabila ahli Majlis Syura PAS mengesahkan hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan sekali gus memecah kepada dua kelompok parti iaitu PAS dan PAN.

Jika difikirkan semula, bagaimana parti yang baru lahir secara tiba-tiba mampu terus berdiri tegak? Di manakah mereka mampu mendapat sumber kewangan yang banyak?

Tidak hairanlah juga PAN boleh mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan sering menggunakan slogan ‘Islam sebagai rahmat untuk semua’ kononnya Islam boleh memberi laluan kepada bukan Islam dalam semua hal.

Selain itu, penubuhan PPBM juga mempunyai kaitan dengan DAP apabila sebaik sahaja PPBM ditubuhkan, tanpa mengambil masa panjang dua parti ini dengan mudah bersatu dengan niat mahu menjatuhkan UMNO.

Lapor portal MYKMU, bekas pengasas bersama PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman mendedahkan PPBM merupakan sebahagian dari idea pemimpin politik bukan Melayu termasuk DAP dan NGO propembangkang.

Idea tersebut timbul selepas PH yang diwakili PAN tewas teruk dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) secara serentak di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak pada Jun 2016.

Peranan DAP jelas banyak bertindak di belakang tadbir dan dilihat kuasa yang ada digunakan banyak mempengaruhi kerajaan.

Kenyataan bekas Ketua DAP bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau sendiri mengakui bahawa DAP menganggap Mahathir sebagai kuda tunggangan dan alat untuk guling Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hari ini aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib. Kami gunakan Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Kuan Yau dalam video yang tular dimuat naik di media sosial.

Jika kenyataan Kuan Yau tidak benar, kenapa Perdana Menteri hari ini begitu selesa dengan DAP dan menerima tuntutan segala DAP dengan mudah? – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPHPRU-14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

Next Post

Anak Malaysia Cipta Sejarah Sumbang Gol MLS

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Anak Malaysia Cipta Sejarah Sumbang Gol MLS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd