• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memotong Di Garisan Berkembar Paling Banyak

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya sepanjang lima hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Op Hari Raya Aidilfitri bermula 8 Jun lepas.

Pengarahnya Muhammad Abdullah berkata dalam tempoh itu, sebanyak 220 kes kesalahan memotong di garisan berkembar dikesan manakala 288 daripada 1,376 kenderaan yang diperiksa telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Kita minta pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana ia dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini khususnya kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

“Kajian juga menunjukkan bahawa 80 peratus kemalangan adalah disebabkan sikap pengguna itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Motosikal Hari Raya Aidilfitri bersepadu di Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Muhammad berkata pihaknya juga mendapati tujuh daripada 71 bas yang dinaiki oleh pegawai JPJ sebagai penumpang tidak menyediakan pemandu kedua, sedangkan perkara itu diwajibkan kepada bas dengan perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam tempoh perjalanan.

Katanya, JPJ juga melakukan pemeriksaan di terminal bas di negeri ini secara bersepadu bagi memastikan syarikat bas mematuhi peraturan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum memulakan perjalanan.

“Setakat ini, sebuah bas di Terminal Sentral Kuantan telah ditahan daripada memulakan perjalanan kerana keadaan tayar yang haus. Syarikat bas itu telah menukar tayar tersebut di terminal sebelum dibenarkan membawa penumpang,” katanya.

Mengulas mengenai Op Motosikal itu, Muhammad berkata operasi itu dilakukan serentak di lima lokasi di Pahang dan mendapati 77 kesalahan tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh (60 kes), kesalahan teknikal (22 kes) dan lain-lain (75 kes).

Beliau menambah lima pengguna jalan raya juga ditahan selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati mereka positif dadah. – BERNAMA

Tags: JPJpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd