• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Mohon Ekstradisi Sirul – Mahathir

oleh Ahmad Albab
08/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh dapat diserah balik kepada negara ini.

Perdana Menteri berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

“Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak membenarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara asal sebab undang-undang di negara itu.

“Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan.

Akbar harian Britain, The Guardian melaporkan pihak berkuasa Australia telah membenarkan permohonan Malaysia agar Sirul diekstradisi dan dijangka pulang ke Malaysia dalam tempoh sebulan.

Laporan itu menyebut Sirul dijangka meninggalkan Australia sebaik sahaja kerajaan Malaysia bersetuju menanggung kos.

Australia sebelum ini dilaporkan enggan menghantar pulang Sirul kerana ia melanggar undang-undang negara itu yang memperuntukkan mereka yang berdepan hukuman mati tidak boleh dihantar pulang ke negara asal.

Ditanya mengenai kebimbangan Sirul tentang keselamatannya di penjara jika dia kembali ke Malaysia, Mahathir berkata: “Dia ada pilihan untuk tidak kembali.”

Ditanya sama ada kerajaan akan membuka semula kes Altantuya, Dr. Mahathir berkata: “Kami telah diminta agar melihat perkara itu.”

Pada 16 Mei lalu, Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga mengutus surat kepada Mahathir meminta beliau membantu mendapatkan keadilan dalam kes Altantuya.

Pada 2013, Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan rakan subahatnya Azilah Hadri serta melepas dan membebaskan mereka, namun susulan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman tersebut.

Sirul yang melarikan diri ke Australia kemudian ditahan oleh pihak imigresen negara itu selepas Interpol mengeluarkan Notis Merah terhadapnya.

Susulan kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bulan lepas, Sirul dilaporkan berkata dia bersedia bantu kerajaan baharu itu dalam kes tersebut dan akan menceritakan perkara sebenar sekiranya dia diberi pengampunan penuh.

Beberapa pihak turut tampil mencadangkan kerajaan membuka semula penyiasatan kes Altantuya dan Sirul dibawa pulang ke negara ini antaranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata kerajaan sedang berusaha untuk menangkap Low Taek Jho atau Jho Low atas penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dia tidak ada di negara ini dan kita tidak ada perjanjian ekstradisi dengan negara di mana dia berada,” kata beliau.

Ditanya di negara mana Jho Low berada sekarang, beliau berkata: “Banyak negara.”

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata perjumpaan beliau dengan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam kerana beliau berminat untuk menyokong kerajaan baharu.

Katanya pertemuan semalam diadakan atas permintaan Ahmad Zahid.

“Beliau dialu-alukan untuk menyokong kerajaan dan beliau juga dialu-alukan untuk menentang kerajaan,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid memuat naik gambar beliau bertemu dengan Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini menerusi platform laman sosial miliknya. – BERNAMA

Tags: Sirul AzharTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd