• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maksiat Ramadan, 5 Pasangan Ditahan

oleh AK-47
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Mengaku berpuasa, namun ditemui dalam keadaan berdua-duaan di dalam bilik hotel dengan hanya memakai tuala.

Itu antara dakwaan pasangan yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah di empat hotel bajet di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Malah, pemeriksaan dilakukan menemui beberapa tin minuman keras serta kondom yang sudah digunakan di dalam beberapa bilik hotel berkenaan.

Seorang daripada wanita yang ditahan berusia 22 tahun mengaku pelajar dari sebuah universiti awam memaklumkan dia dan pasangannya berusia 24 tahun mendaftar masuk ke hotel berkenaan sejak malam tadi.

Dia yang berasal dari Kelantan mengaku berpuasa, namun pemeriksaan lanjut menemui beberapa tin minuman keras di dalam bilik yang dihuni bersama pasangannya berasal dari Sarawak.

Menurutnya, dia mengenali pasangannya sejak setahun lalu melalui aplikasi WeChat.

Bagaimanapun, tindakan mereka yang ragu-ragu untuk menjawab soalan daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencetuskan persoalan sama ada mereka adalah pasangan kekasih atau wanita itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh JAIS dengan kerjasama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seramai lima pasangan berusia 21 hingga 33 tahun ditahan selepas didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.

Ketua operasi, Sharizwan Sharip berkata, lima pasangan terbabit mengaku mendaftar masuk sejak malam tadi dan awal pagi ini.

“Difahamkan mereka membayar serendah RM50 untuk tiga jam atau kira-kira RM100 untuk satu malam bagi sebuah bilik di hotel bajet berkenaan.

“Semua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 29 (1) a & b Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya. – BH Online

Tags: maksiatramadhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

3 Hari 2 Malam Tak Ingat Dunia

23/11/2019
0

SUNGGUH mengejutkan apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17 tahun menjadi dalang penganjuran pesta liar dadah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd