• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pelawa Jepun Atasi China Pula ‘Jajah’ Malaysia

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT paku dulang, paku serpih kata orang tapi dia pula yang lebih, mungkin bidalan ini sesuai bagi menggambarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad melibatkan isu pelaburan asing ke Malaysia.

Selepas berjaya hasut rakyat Malaysia benci Barisan Nasional (BN) konon membawa pelabur China untuk ‘jajah’ negara, kali ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu terpaksa menagih ihsan Jepun untuk berbuat perkara sama.

Beliau yang juga perdana menteri dengan usia paling tua di dunia itu, malahan secara terbuka mempelawa Jepun konon untuk menjadi rakan kongsi kepada Malaysia dalam usaha membangunkan negara Asia Tenggara tersebut.

Mahathir, 92, menyampaikan pelawaan aneh tersebut dalam satu pertemuan khas dengan sekumpulan pemimpin organisasi utama ekonomi Jepun di Tokyo pada Selasa, menurut laporan yang dipetik daripada media tempatan.

Beliau bahkan mendakwa konon kerajaan baharu Malaysia yang dipimpinnya itu akan menjadi mesra peniagaan, seolah-olah cuba menggambarkan pentadbiran BN dahulu di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebaliknya.

Baca: Akibat Takut Jepun, Mahathir ‘U-Turn’ Tunda HSR Pula

“Kami tidak akan mempunyai terlalu banyak halangan atau prosedur birokrasi yang akan menghalang para pelabur asing ke Malaysia,” dalih Mahathir lagi. Beliau ketika ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun.

Kenyataan terbaharu itu dipercayai terpaksa dibuat ekoran kemarahan kerajaan Jepun apabila Mahathir bertindak drastik membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur (KL) – Singapura pada bulan lalu.

Untuk rekod, Jepun sendiri sebenarnya pelabur asing kedua terbesar di Malaysia selepas Singapura disusuli China, Belanda, Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Jerman, Virgin Island, Britan dan Bermuda dalam senarai 10 teratas.

China yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia selepas AS, banyak terlibat dalam pelbagai projek infra-rakyat di Malaysia serta turut membida projek HSR bagi saingi Shinkansen Jepun dan Korail milik Korea Selatan.

Namun isu pembatalan HSR menyebabkan imej rejim Mahathir mula dicurigai Jepun kerana projek itu menguntungkan dalam jangka panjang, malah laluan penerbangan KL-Singapura adalah paling sibuk di dunia. – Agensi/MNH

Tags: jepunTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd