• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Pekerja Akhbar Capital Gazette Maut Ditembak

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKURANG-KURANGNYA lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette yang berpangkalan di Annapolis, semalam.

Menurut polis, suspek yang bersenjata senapang atau senapang patah adalah lelaki kulit putih dan dia sudah ditahan bagi disoal siasat.

Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.

Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David dalam mesej di Twitter menceritakan mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.

“Tiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja dan kemudian kamu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya,” kata Davis.

Pemangku ketua polis daerah Anne Arundel, Bill Krampf pada sidang media berkata, setakat ini, lima mangsa dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis, Leftenan Ryan Frashure berkata, tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.

Eksekutif daerah Anne Arundel, Steve Schuh ketika memberitahu CNN pula berkata, suspek tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan setakat ini mereka masih gagal mengesahkan identitinya.

Dalam pada itu, Krampf berkata, pihak polis berjaya menemui dan menghapuskan bahan letupan yang dipercayai dipasang suspek pada bangunan setinggi empat tingkat terbabit.

Pada masa sama, katanya, 170 kakitangan yang berada di dalam bangunan itu juga berjaya dibawa keluar dari bangunan itu dengan selamat. – AFP/myMetro Online

Tags: akhbartembakan rambang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1 Maut, 13 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Texas

13/12/2021
0

HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat...

Kes Tembakan Rambang Di Korat, Suspek Ditembak Mati

09/02/2020
0

BANGKOK - Seorang tentera Thailand yang menembak 21 individu secara rambang, di sebuah pusat beli-belah di Korat, ditembak mati oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd