• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Lagi Kakitangan Awam Bakal Hilang Kerja

oleh Haris
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, menjelang Hari Raya Aidilfitri, kakitangan awam yang selama ini setia bekerja dalam sektor perkhidmatan awam akan diberhentikan daripada tugas mereka.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beberapa badan yang tidak relevan akan dibubarkan oleh kerajaan.

Ujarnya, kebanyakan badan tidak relevan yang dimaksudkan adalah daripada Kementerian Kesihatan.

“Kami sedang cuba untuk mengurangkan kos kerajaan, jadi beberapa badan-badan yang tidak relevan akan dibubarkan.

“Kebanyakannya datang dari Kementerian Kesihatan,” katanya pada satu sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan membuat perbandingan peranan bagi menyelesaikan isu pertindihan kuasa antara kementerian.

“Kerajaan telah buat bandingan antara beberapa kementerian dan kita dapati ada pertindihan kuasa. Oleh itu, kita telah berbincang untuk susun semula,” tambahnya

Berita terbaharu ini jelas meresahkan penjawat awam lain yang sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.

Sebelum ini, Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kerana mereka adalah lantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Pada 23 Mei lalu pula, Mahathir mengumumkan pembubaran beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Keputusan tersebut ketika itu dilihat sebagai tidak adil dan bersifat dendam hanya kerana kakitangan awam ini semua merupakan lantikan politik kerajaan terdahulu.

Tanpa mereka sedari, sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, ada sahaja penjawat awam yang menyokong pembangkang ketika itu termasuklah warga angkatan tentera.

Bagaimanapun, BN tidak pernah memaksa mereka untuk menyokong parti pemerintah dan tidak menjadikan penjawat awam ini sebagai mangsa kerana pendirian politik mereka.

Malah, Perlembagaan BN membolehkan seluruh rakyat, tidak kira sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak, mempunyai kebebasan bersekutu dan hak mereka untuk menyokong siapa yang mereka mahukan.

Berbeza di zaman pemerintahan ‘Malaysia Baharu’, terlalu ramai kakitangan awam yang selepas ini terpaksa menganggur kerana dianggap sebagai ‘tidak relevan’ oleh kerajaan.

Perkara yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap isu ini.

Kakitangan yang ditamatkan ini pasti sedang sibuk bersiap sedia menyambut kedatangan 1 Syawal dan kini terpaksa hidup dengan beban dan keresahan nasib yang mereka alami ini.

Sudahlah kenaikan gaji yang dijanjikan oleh bekas perdana menteri sebelum ini tidak diterima. Kini mereka terpaksa hidup menganggur selepas diberhentikan perkhidmatan.

Kerajaan PH ketika ini mendapat pujian yang memberangsangkan dari penyokong tegar mereka, bagaimanapun, di sebalik keterujaan penyokong selepas memenangi pilihan raya yang lalu, sudah nampak perangai sebenar kerajaan baharu ini.

Apalah nasib kakitangan awam yang diberhentikan selepas ini? Yang pastinya, rata-rata dari mereka bakal menyambut Aidilfitri degan perasaan tidak tenang memikirkan langkah yang perlu dilakukan seterusnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Kakitangan Awampakatan harapanPekerja Diberhenti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Kakitangan Awam Perak Dapat Bantuan RM700

06/04/2023
0

IPOH: Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua...

Kedah Lulus Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Pada Kakitangan Awam

Kedah Lulus Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Pada Kakitangan Awam

30/10/2022
0

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd