• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Dari China

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena berisi ‘Canned Mackerel in Tomato Sauce’ jenama RANESA yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24.

Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit, katanya dalam kenyataan hari ini.

Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp (cacing) yang menyerang sistem gastrointestinal seperti perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Mokhtarud-din berkata perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.

“Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang.

“Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing,” katanya.

MAQIS merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua pintu masuk negara yang diwartakan.

Sebanyak 57 buah pintu masuk yang terdiri daripada pintu masuk udara, laut dan darat telah diwartakan dan dikawal oleh pihak MAQIS. – BERNAMA

Tags: cacingsardin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDN Tahu Jamal Masih Berada Di Indonesia

Next Post

UMNO Diterima Baik Di Sabah – Tengku Razaleigh

Related Posts

Maqis Johor Patah Cubaan Import Sardin Ada Cacing Parasit

Maqis Johor Patah Cubaan Import Sardin Ada Cacing Parasit

25/04/2024
0

Johor Bahru : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang...

Video Tular: Bukan Cacing Dalam Kepala Udang

13/08/2018
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) percaya objek seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang seperti dalam satu...

Next Post

UMNO Diterima Baik Di Sabah - Tengku Razaleigh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd