• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KM Sabah Gesa Media Guna Pendekatan Bebas, Objektif

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu media menggunakan pendekatan bebas dan objektif semasa melaporkan berita.

Beliau berkata adalah penting bagi media untuk memberi tumpuan pada isu-isu secara objektif kerana mereka boleh berhubung dengan rakyat dan keperluan mereka.

“Saya sendiri bersedia menerima kritikan. Ia harus objektif dan berasas,” katanya semasa menerima kunjungan anggota jawatankuasa Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di sini, semalam.

Beliau berkata media tradisional perlu mendapatkan kepercayaan rakyat yang kini kian skeptikal dan kritikal berikutan kini mereka memperoleh banyak maklumat menerusi media sosial.

“Kini wujud persaingan berbanding di masa lepas.

“Perlu ada anjakan paradigma daripada sistem lama tentang bagaimana anda beroperasi. Cara rakyat berfikir kini jauh berbeza. Saya mahu melihat media menjadi lebih objektif dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Shafie berkata orang awam mengambil pendirian mendapatkan maklumat menerusi media sosial berikutan wujud rasa kurang percaya terhadap media tradisional.

Berhubung isu penubuhan majlis media yang dibincangkan secara meluas, beliau berkata tidak perlu ada pihak yang bertindak sebagai ‘pengawas’ kerana adalah penting untuk media menjadi bebas.

“Biar media menjadi bebas. Sesuatu majlis berkecenderungan disalahgunakan. Saya percaya media perlu dibenar untuk menyampaikan pendapat mereka. Jika ditubuhkan majlis, anda akan dikawal. Untuk Sabah maju, cara berfikir perlu berubah,” katanya sambil menggesa media tempatan memainkan peranan penting dalam memajukan lagi Sabah.

Majlis itu dicadangkan untuk mengambil tindakan terhadap aduan dikemukakan terhadap pengamal media cetak, dalam talian dan penyiaran. Di bawah cadangan itu, majlis itu akan dianggotai wakil media termasuk wartawan, editor, pemilik serta kerajaan.

Shafie turut diberikan taklimat tentang aktiviti SJA yang mempunyai kira-kira 200 anggota daripada media swasta dan kerajaan.

Presiden SJA, Muguntan Vanar dan jawatankuasanya turut memberi taklimat kepada ketua menteri baharu itu berhubung acara tahunan Anugerah Media Shell Kinabalu serta perancangan persatuan itu untuk membina bangunan di Kota Kinabalu.

Shafie berkata pentadbiran beliau menghargai peranan media dan akan membantu persatuan itu dalam menjayakan pelbagai programnya. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd