• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLIA Perlu Segera Dinaik Taraf – Ong Tee Keat

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini berusia 20 tahun perlu segera dinaik taraf ekoran kesesakan yang telah menyebabkan penurunan dari segi kualiti dan kecekapan perkhidmatannya, kata bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.

Katanya walaupun KLIA telah mencapai sasarannya untuk menjadi hab serantau dengan jumlah trafik udara yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk melihat semula beberapa bidang kecekapan pengurusan seperti waktu yang lebih lama untuk pemeriksaan imigresen, pengambilan bagasi dan juga pemeriksaan keselamatan.

“Ini adalah beberapa masalah biasa yang dibangkitkan oleh para pengguna. Semua ini mungkin agak remah tetapi pada akhirnya , ini merupakan faktor penyumbang berhubung kualiti perkhidmatan lapangan terbang secara keseluruhan yang perlu kita perhatikan,” katanya Bernama.

Ong berkata telah masanya juga untuk melihat semula kapasiti pengendalian semasa berbanding kapasiti reka bentuk serta indeks tinjauan kualiti perkhidmatan KLIA berbanding dengan lapangan terbang lain di rantau ini.

“Saya masih ingat ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan kira-kira 10 tahun yang lalu, kami sangat prihatin terhadap kualiti perkhidmatan lapangan​​​​​​​ terbang tetapi yang menghairankan, ini tidak diberi parhatian sejak sekian lama sedangkan indeks kualiti perkhidmatan lapangan terbang kita telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sudah tiba masanya kita mengambil tindakan segera untuk menangani masalah penurunan perkhidmatan ini,” katanya.

Dalam menghadapi persaingan sengit dengan perkhidmatan udara dari negara lain, Ong menekankan tentang pentingnya kemudahan serta peralatan di KLIA “dinaik taraf sebelum terlambat”.

Beliau juga mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), sebagai pengendali lapangan terbang di negara ini mengadakan “penjenamaan yang berbeza” bagi terminal di bawah bidang kuasanya untuk kecekapan dari segi peruntukan slot syarikat penerbangan serta slot jadual.

Slot jadual akan memberi kesan berat sama ada terminal lapangan terbang dianggap tidak digunakan atau melebihi kapasiti dan ini harus diberi perhatian secara komprehensif sebelum MAHB menghulurkan lebih banyak pemain di terminal utama seperti KLIA dan KLIA2.

“Semua orang berharap KLIA akan memainkan peranan penting sebagai hub perkhidmatan penuh bagi menampung keperluan syarikat penerbangan tempatan dan asing. Tetapi KLIA2 dalam pada itu dibina bagi penerbangan tambang murah dan MAHB perlu melakukan penjemanaan yang lebih jelas.

“Ini bermakna jika kita mahu menjadikan KLIA khusus sebagai terminal perkhidmatan penuh maka kita hendaklah melakukannya dengan cara mempastikan ia dapat menampung bukan sahaja kekerapan penerbangan yang sedia ada tetapi juga kekerapan penerbangan pada masa depan,” katanya.

​​​​​​​Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah pengunaan ruang oleh syarikat penerbangan dan Ong berkata beliau banyak menemui kes di mana orang ramai mengadu tentang masalah kesesakan di zon atau kaunter tertentu.

“Mungkin salah satu parameter yang harus kita perhatikan ialah tahap keselesaan penumpang di mana pada masa lalu berdasarkan meter persegi atau kaki persegi bagi seorang penumpang dan ini penting dalam rekabentuk lapangan terbang. Kita perlu melihat semula slot kaunter samada kondusif bagi mempromosi tahap keselesaan penumpang.”

Ong memuji Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) kerana telah mengambil usaha menaik taraf perkhidmatannya di KLIA terutama di kaunter kelas perniagaan.

Bagi MAHB, adalah lebih bijak untuk memperuntukkan kawasan khusus yang menempatkan kaunter kelas perniagaan bagi penerbangan kebangsaan dan bukan membiarkannya menaiki kapal terbang bersama syarikat penerbangan lain yang bukan dalam kategori yang sama.

Pada Januri lepas Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata kerja-kerja merombak kemudahan di KLIA akan bermula tahun ini bagi melonjak semula ranking antarabangsanya yang mengalami penurunan dengan cepat.

KLIA diletakkan dalam ranking ke 34 dalam 2017 berbanding ranking ke 24 dalam 2016 dalam kajian oleh Skytrax, sebuah syarikat perundingan Britian, di mana lapangan terbang Changi di Singapura mendapat tempat teratas bagi dua tahun berkenaan.

Bagaimanapun, KLIA berada dalam rangking ke 7 dalam kategori perkhidmatan terbaik staf lapangan terbang di dunia manakala mendapat tempat teratas bagi perkidmatan imigresen. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd