• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Hadapi Cabaran Realiti Hidup

oleh Haris
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SEBALIK idealisme dan retorik integriti yang dicanangkan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan (PH) sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ada satu realiti yang perlu dihadapi.

Inilah realiti cabaran kehidupan sebenar yang bukan semuanya hitam dan putih tetapi banyak yang kelabu, malah ada yang diputihkan kerana terpaksa.

Satu janji yang disebut-sebut dulu ialah menghentikan segala “amalan UMNO” meletakkan lantikan politik di posisi-posisi dalam agensi atau GLC.

Sekarang PH telah melantik beberapa orang yang bukan setakat mempunyai hubungan politik, tetapi dari kalangan ahli parti mereka sendiri.

Contohnya, Wan Saiful Wan Jan dilantik mengepalai PTPTN dan Suhaizan Kayat dilantik sebagai speaker di Johor.

Wan Saiful yang tewas dalam pilihan raya lalu tetap diselamatkan dengan diberikan tempat, seperti juga Suhaizan yang gagal menjadi wakil rakyat dalam Dewan.

Memang tidak salah Suhaizan dilantik sebagai speaker tetapi berdasarkan kelayakan mereka yang ada dalam Dewan, tidak ada keperluan beliau dibawa masuk.

Jelas apa yang berlaku di sini ialah mereka memberikan tempat kepada rakan-rakan, supaya mereka tidak tenggelam dan mendapat sumber pendapatan.

Mungkin faktor kesian memainkan peranan di sini, apabila rakan-rakan yang kalah diberikan posisi tinggi supaya kekal di depan.

Inilah cabaran kehidupan seharian yang terpaksa dihadapi oleh PH, apabila menyedari rakan-rakan mereka itu memerlukan tempat untuk meneruskan kareer politik atau sekadar meneruskan kehidupan.

Ini samalah juga dengan amalan biasa dalam politik, membalas jasa kepada mereka yang menyumbang kepada parti.

Inilah yang mereka sebut sebagai “dedak” selama ini, yang datang dalam pelbagai bentuk dan salah satunya dalam bentuk jawatan.

Tetapi hari ini selepas PRU14, retorik yang mereka laungkan dulu terpaksa disenyapkan atau ditangguh dahulu, kerana ada isu “perut” yang perlu dipenuhi.

Kalau berdasarkan faktor kelayakan dan pengalaman, menguruskan sebuah organisasi, ketelusan dan integriti, pasti mereka tidak menjadi pilihan pertama.

Kes Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan melantik budak-budaknya sebagai pegawai khas juga menunjukkan isu yang sama, yakni memberikan kerja kepada rakan dan pengikut.

Pelbagai alasan mereka boleh berikan seperti tidak ada orang lain yang sedia memikul tugas tersebut dan sebagainya.

Tetapi hakikatnya ialah lantikan itu tetap langkah politik, dan pelantikan dibuat berdasarkan merit politik. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd