• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Perkenal Penilaian Kesihatan Mental

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada kejadian atau perbuatan jenayah, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee yang juga Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata penyakit mental boleh digambarkan sebagai ‘bom jangka’ yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak dikendalikan dengan berkesan.

“Kementerian Kesihatan perlu membangunkan dan melaksanakan indeks penilaian psikologi yang dapat digunakan untuk membantu pihak-pihak berkaitan merancang program untuk membantu menangani peningkatan isu kesihatan mental di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelbagai kes pembunuhan yang dikatakan melibatkan suspek dengan gangguan mental di negara ini telah menunjukkan keseriusan dan keperluan untuk menanganinya di peringkat masyarakat.

Merujuk kepada kes baru-baru ini berkenaan seorang wanita yang mengelar anaknya berusia dua tahun di Maran, Pahang pada 17 Jun lepas, Lee berkata wanita itu dilaporkan sering termenung dan mendengar suara sejak Mei.

Ia juga dilaporkan bahawa keluarga wanita terbabit telah mendapatkan rawatan alternatif dan walaupun ia mungkin membantu, Lee merasakan bahawa wanita itu perlu dirujuk kepada ahli psikologi untuk penilaian kesihatan mental.

“Adalah penting untuk suspek menjalani penilaian kesihatan mental sementara kes itu sedang disiasat,” katanya.

Anggota keluarga dan masyarakat katanya, perlu membantu mereka yang mengalami gangguan mental dengan mendapatkan kaunseling atau rawatan yang betul dan tidak menyisihkan atau menghina mereka.

Lee juga menegaskan kepentingan menghapus stigma bahawa mereka yang menghadapi penyakit mental, sebagai ‘orang gila’.

“Ramai dalam kalangan kita masih tidak sedar kepentingan perkembangan kesihatan mental walaupun pakar telah memberi amaran bahawa penyakit mental akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung, menjelang 2020,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUBG, Fortnite Beri Kesan Buruk Perkembangan Mental?

10/02/2019
0

MASIHKAH anda ingat mengenai surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak kepada kerajaan India agar PUBG diharamkan di negara itu? Terbaharu,...

Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Masih Rendah

14/10/2017
0

SEREMBAN – Kesedaran tentang kesihatan mental dan rawatan pencegahan awal dalam kalangan penduduk di Negeri Sembilan masih rendah dan perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd