• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Kaji Projek HSR Dengan Teliti

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan Pakatan Harapan menjalankan kajian dan memberi penerangan komprehensif kepada rakyat berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Beliau berkata Barisan Nasional telah membuat kajian bertahun-tahun dan mendapati kadar Keluaran Dalam Negara Kasar projek HSR adalah RM209 bilion berbanding kosnya RM70 bilion.

Katanya sumber pendapatan projek pemangkin ekonomi HSR menjangkau jualan tiket, yang melibatkan peningkatan nilai hartanah, kewujudan 442,000 peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta kepesatan ekonomi setempat dan pelancongan.

Najib turut melahirkan rasa terkejut apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan Malaysia tidak mendapat sebarang keuntungan daripada projek HSR dan akan membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada Singapura.

“Beliau bertanggungjawab menjalankan kajian terperinci, dan memberikan penerangan yang komprehensif kepada rakyat dan pelabur tentang analisis kos dan manfaat projek ini secara keseluruhan,” katanya dalam video ucapan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Najib berkata Pakatan Harapan tidak boleh mengambil ringan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka untuk mentadbir negara ini dengan memberi justifikasi sambil lewa terhadap semua keputusan yang diambil.

“Rakyat bijak menilai,” katanya.

Pada 28 Mei, Dr. Mahathir mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek HSR dan kemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Projek HSR, dirancang membabitkan jarak 335 kilometer dan meliputi empat negeri, akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Projek itu dijadual siap pada 2026. – BERNAMA

Tags: Projek HSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKR Diminta Timbus Lubang Akibat Banjir Lumpur

Next Post

Rosyam Nor Artis Pertama Ada Pasar Raya Sendiri

Related Posts

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,...

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

12/01/2024
0

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baru sahaja menerima laporan berhubung laporan berita mengenai firma Jepun yang...

Next Post

Rosyam Nor Artis Pertama Ada Pasar Raya Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd