• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Catu Peruntukan DUN

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kerana mereka tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada pembentangan bajet 2018 pada Oktober tahun lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM4 juta untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, peruntukan tersebut telah habis dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai setengah tahun iaitu sehingga April tahun ini.

“Dalam kerajaan lepas ada dibentangkan untuk setiap DUN, kalau tidak silap saya setiap DUN dirangkakan peruntukan sebanyak RM4 juta yang sepatutnya dibelanjakan untuk tempoh setahun iaitu Januari hingga Disember 20I8.

“Bagaimanapun apa yang berlaku bila kami ambil alih kerajaan pada bulan lima (Mei), kami tengok akaun setiap wakil rakyat BN sebelum ini…saya terpaksa sebut secara terus terang kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan dari Januari hingga Disember telah habis dalam bulan empat (April) iaitu waktu pilihan raya.

“Maka bila kami ambil alih terpaksa dibuat catuan dengan memberi keutamaan kepada kawasan pembangkang sebelum ini (PAS) yang sebelum ini tak dapat apa-apa untuk rakyat di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak- Anak Terengganu di Perantauan di Dewan Konvensyen Duyong Marina & Resort semalam yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru Ahmad Samsuri berkata peruntukan itu terpaksa dicatu pada ADUN pembangkang (BN) yang menang pada pilihan raya lalu kerana mereka telah menggunakannya sebelum tempoh yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan merangka semula belanjawan dan peruntukan yang akan disalurkan kepada setiap DUN sekiranya mendapat tambahan peruntukan daripada royalti minyak seperti yang dijanjikan kerajaan pusat dalam pertemuan baru-baru ini.

“Apabila kami buat belanjawan pada bulan Oktober, kami akan pertimbang dan teliti semua cadangan yang dibuat oleh rakyat. Jadi saya cuma nak sebut inilah sebenarnya yang berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9 Kereta Api Termewah Dunia Pasti Anda Nak Naik

Next Post

CAP Seru Orang Ramai Libat Diri Dalam Tanaman Organik

Related Posts

Terengganu Masih Tunggu Baki Royalti Minyak 2018 – MB

30/12/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri masih menunggu baki pembayaran royalti sekurang- kurangnya RM250 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan...

RM30 Juta Bangunkan Tasik Kenyir – MB Terengganu

25/11/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas RM30 juta bagi mengurus dan membangun Tasik Kenyir, tahun depan....

Next Post

CAP Seru Orang Ramai Libat Diri Dalam Tanaman Organik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd