• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KD Kelantan Pindah Ke Markas Armada Timur

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pemerintahan Kapal Diraja (KD) Kelantan hari ini dipindahkan ke Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Sabah.

Pemangku Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis berkata KD Kelantan dipindahkan ke markas tersebut bagi memperkukuh kewujudan pemerintahan dua wilayah iaitu Armada Barat dan Armada Timur.

“Penyerahan KD Kelantan ke Armada Timur dijangka dapat meningkatkan tahap keselamatan di sana kelak selain mengubah imej dan memberi nafas baharu kepada Armada Timur serta TLDM khasnya dalam misi memperkukuhkan pertahanan perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelepasan Tali KD Kelantan ke Markas Pemerintahan Armada Timur di Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Seramai 104 anggota KD Kelantan terlibat dengan perpindahan tersebut dan 36 keluarga anggota yang berkhidmat dengan kapal itu di Pangkalan TLDM Lumut, akan berpindah dan menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.

Abu Bakar berkata sejak kapal peronda generasi baharu itu (PV) ditauliahkan pada 6 Mei 2010, ia telah terlibat dengan pelbagai misi dan operasi khas di Malaysia Barat serta Malaysia Timur termasuk operasi menyelamat insiden MH370 pada 2014.

“KD Kelantan juga sering terlibat dengan pelbagai eksesais antaranya Angkasa Samudera (ANGSA), Operation Sea Training (OSTEX), Taming Sari, Pangkor War dan eksesais bilateral termasuk Malaysia-Singapura (MALAPURA).

“KD Kelantan juga sering dijadikan platform VVIP kepada acara rasmi dan lawatan-lawatan daripada delegasi kenamaan Malaysia selain pernah menerima anugerah kepujian Panglima Tentera Laut pada 2012,” katanya.

Pada Januari lalu, KD Selangor turut dipindahkan ke Markas Pemerintahan Armada Timur dan dua lagi kapal iaitu KD Pahang dan Terengganu dijangka dipindahkan tahun depan. – BERNAMA

Tags: KapalTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd