• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Masuk Pusat Pemulihan Kerana ‘Game’

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, terpaksa dimasukkan ke pusat pemulihan selepas dia menjadi ketagih kepada game di komputer hingga sanggup kencing di tempat mainannya kerana enggan berhenti permainan itu.

Menurut ibunya, Carol, 36, dia membelikan Xbox pada Januari lalu dan sejak itu anaknya telah memuatnaik game Fortnite.

Namun pada pertengahan bulan Mac lalu, mereka telah dihubungi oleh guru besar bahawa pelajaran kanak-kanak terbabit semakin merosot dan dia sering tidur dalam kelas.

Kanak-kanak tersebut memberi alasan dia terlalu penat kerana terpaksa ke gim dan mengikuti latihan balet namun Carol mengesyaki sebaliknya. Ini kerana sebanyak $50 bayaran kepada Microsoft telah ditolak daripada kad kreditnya setiap bulan.

Carol dan suaminya Richard kemudian telah merampas Xbox itu namun anak mereka mengamuk dan memukul muka Richard.

Mereka hanya menyedari keadaan semakin buruk apabila Richard mendapati anak perempuan mereka duduk dalam kencingnya sendiri.

“Suami saya nampak lampu menyala pada waktu malam dan nampak dia sedang duduk di atas sofa mainan yang dipenuhi kencingnya sendiri.

“Dia terpaku depan game sampai sanggup tidak ke tandas,” kata Carol.

Selepas disiasat mereka mendapati anak mereka menghabiskan masa hingga 10 jam sehari bermain game, kadang kala hingga pukul 5 pagi.

Identiti kanak-kanak terbabit dan lokasi pusat pemulihan berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Permainan Fortnite telah dilancarkan pada Julai lepas dengan lebih 40 juta orang memuatnaik permainan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakPermainan Video
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd