• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juadah Eksotik Tingkat Aktiviti Pemburu Haram

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keghairahan menyediakan juadah eksotik atau luar daripada kebiasaan sempena Aidilfitri minggu hadapan, menyebabkan peningkatan aktiviti pemburu haram bagi mendapatkan daging hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Difahamkan pemburu mampu mengaut keuntungan besar menerusi penjualan daging seperti rusa sambar, kijang dan kambing gurun berikutan permintaan meningkat setiap kali musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Mengikut harga pasaran gelap, harga sekilogram rusa sambar adalah antara RM60 hingga RM80 manakala kijang RM80 ke atas dan kambing gurun pula lebih mahal bergantung kepada perbincangan antara pembeli dan penjual berikutan kesukaran mendapatkannya.

Keenakan dagingnya menjadi faktor utama ia menjadi pilihan kepada masyarakat yang mahu cuba menampilkan hidangan berbeza dengan masakan seperti gulai, rendang, sup dan masak kicap pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Ahmad Azahar Mohammed berkata, pihaknya meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan panas bagi memerangi kegiatan pemburu haram.

“Sudah menjadi trend kadar pemburuan haram meningkat menjelang perayaan berikutan ada permintaan terhadapnya, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah seperti memasang jerat atau menembaknya.

“Pemburu tahu mereka boleh mengaut keuntungan besar sehingga sanggup melanggar undang-undang, sekiranya tiada permintaan atau tidak menguntungkan sudah tentu mereka tidak masuk ke hutan selama berhari-hari untuk memburu,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Azhar berkata, kawasan tumpuan bagi pemburu haram adalah kawasan hutan yang diteroka dan mempunyai akses bagi memudahkan mereka memasukinya serta membawa keluar hasil buruan.

“Haiwan biasanya banyak keluar di kawasan baharu diteroka dan antara kawasan panas yang dikenal pasti ialah di Kemasul (Bentong), Tekai (Jerantut) dan Berkelah (Kuantan),” katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengenakan moratorium dan larangan memburu rusa sambar, kijang serta kambing gurun yang diklasifikasikan sebagai hidupan liar dilindungi sepenuhnya dan mereka yang memburunya bakal berdepan hukuman berat.

“Mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak lebih lima tahun sekiranya didapati menangkap hidupan liar dilindungi sepenuhnya seperti rusa sambar, kijang serta kambing gurun.

“Bagi kesalahan menangkap hidupan dilindungi, individu disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun mengikut Seksyen 60 akta yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: eksotikjuadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 3,000 Paket Kuih, Juadah Harga RM1 Licin Dijual

Lebih 3,000 Paket Kuih, Juadah Harga RM1 Licin Dijual

25/03/2023
0

IPOH: Lebih 3,000 paket kuih-muih dan pelbagai juadah yang dijual pada harga RM1 sepaket licin dibeli pengunjung di sebuah gerai...

Sajian Eksotik ‘Dihidangkan’ Dalam Bentuk Setem

15/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) buat julung kalinya tampil memaparkan tiga jenis juadah makanan eksotik dalam bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd