• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jen. Tan Sri Zulkifli Dilantik Panglima ATM Ke-20

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu menggantikan Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013.

Anak kelahiran Port Weld, Perak itu memulakan khidmatnya dalam ATM pada 30 Januari 1978 dengan memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selain itu, Zulkifli pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School selama dua tahun, apabila beliau bertanggungjawab mengajar pegawai dan anggota tentera New Zealand serta negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan peperangan menentang insurgensi.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah dan jurulatih dalam pengajian pengurusan untuk pegawai tentera peringkat pertengahan di Institut Latihan dan Pengurusan Tentera Darat dari 1992 hingga 1993. – BERNAMA

Tags: Angkatan Tentera Malaysiamenteri pertahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Tentera Singapura Lebih Kuat Berbanding Tentera Malaysia?

13/12/2021
0

Satu persoalan yang mesti pernah timbul dalam perbualan kita bersama rakan. Andai berlaku peperangan, apakah ATM mampu berdepan dengan pasukan...

Malaysia Dapat Gred ‘D’ Bagi Indeks Integriti Pertahanan TI

16/11/2021
0

Malaysia memperoleh gred "D" bagi indeks integriti pertahanan kerajaan (GDI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020, yang meneliti usaha membendung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd