• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ungkit Lagi Isu Penerjun – Azim

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadualkan bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini, Datuk Seri Abdul Azim Mohamad Zabidi meminta semua pihak agar tidak mengungkit lagi isu penerjun negara ‘berpesta alkohol’ di kem latihan pada Februari lalu.

“Perkara dah habis, mereka dah minta maaf… cukuplah tu. Apa lagi nak ungkit-ungkit?” soalnya apabila diminta mengulas mengenai tujuh penerjun negara yang didapati mengambil minuman keras dan berpesta ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Mengulas lanjut, Abdul Azim menasihati semua atlet negara supaya menjaga disiplin diri di dalam dan di luar kem latihan supaya sentiasa dihormati dan tidak menjejaskan imej peribadi serta negara.

“Perkara ini tidak sepatutnya menjejaskan tempat mereka ke Indonesia (Sukan Asia). Ia merupakan waktu perayaan dan di tempat tertutup semasa hari rehat. Jangan terlalu keras, mereka pun hanya manusia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa rayuan ke Sukan Asia di Wisma OCM di sini, hari ini.

Semalam, skuad terjun negara membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media berikutan kelakuan tidak senonoh mereka dan bersedia menerima sebarang hukuman daripada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), selepas tujuh penerjun dilaporkan mengambil minuman keras semasa berada di kem latihan di China dan video insiden itu ditularkan menerusi media sosial.

ASUM mengesahkan tiga atlet terjun Program Podium – Chew Yiwei, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri serta empat atlet junior di bawah program Majlis Sukan Negara – Hanis Nazirul Jaya Surya, Jellson Jabillin, Gabriel Gilbert Daim dan Kimberly Bong terlibat dalam insiden itu. – BERNAMA

Tags: Atlet Terjun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Speaker DUN Johor Diketahui Minggu Depan

Next Post

Projek NFC Bakal Dikemudi Menggunakan Model Baharu

Related Posts

Jurulatih China Bebas Sekali Lagi Tuduhan Rogol Atlet

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang, sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Atlet Terjun Program Podium Berdepan Penyingkiran

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Penerjun negara di bawah Program Podium yang terlibat dalam masalah disiplin di China boleh dikenakan tindakan tegas...

Next Post

Projek NFC Bakal Dikemudi Menggunakan Model Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd