• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Mudah Dengan Maghribi – Hierro

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALININGRAD – Sepanyol tampak ada ujian lebih mudah untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia pada saingan terakhir Kumpulan B menentang Maghribi esok ketika pasukan itu masih belum memungut sebarang mata, namun ia bukanlah sesuatu yang difikirkan jurulatih Fernando Hierro.

Maghribi pasukan pertama tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia dan akan pulang selepas perlawanan itu namun pasukan dari Afrika Utara itu pastinya mahu memusnahkan perancangan Sepanyol.

Pemain Maghribi juga akan lebih tenang kerana mereka hanya bermain untuk maruah, menjadikan sukar buat Hierro merencana strategi berdepan pasukan yang mungkin menukar gaya dan menawarkan sesuatu yang boleh mengejutkan.

“Jika kita bermain menentang pasukan yang sudah tersingkir akan sentiasa ada sesuatu kerana kami tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan,” kata Hierro hari ini.

“Kami tidak boleh masuk ke dalam kepala jurulatih, kami tidak tahu bagaimana mereka akan bermain esok, ia mungkin menjadi satu kejutan yang besar dan kami tidak boleh memandang rendah mereka.”

Sepanyol mengumpul empat mata selepas seri 3-3 berdepan Portugal dan menewaskan Iran 1-0, memerlukan seri untuk mengesahkan tempat ke kelompok 16 pasukan terakhir namun akan cuba menang dan mengatasi Portugal yang akan berdepan Iran, jika perbezaan gol akan menentukan siapa juara kumpulan.

Ketika Maghribi mungkin akan berada di kedudukan terbawah, mereka tidak akan mengalah tanpa berjuang.

Bersama sedikit tuah dan penyudah lebih baik mereka mungkin boleh layak selepas dua kali tewas 1-0.

“Jika anda lihat perlawanan pertama (berdepan Iran) mereka tewas pada minit ke-95 menerusi gol sendiri dan mereka bermain baik menentang Portugal, jadi anda bercakap mengenai pasukan yang sukar ditumbangkan,” kata Hierro.

“Kadangkala orang mungkin berehat pada perlawanan ketiga tetapi kami tidak boleh berehat, kami mesti sedar dan sentiasa berhati-hati. Kami mesti ingat Maghribi tidak akan mudah menyerah kalah.” – AFP

Tags: Piala Dunia 2018Sepanyol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seramai 45 ADUN Kelantan Angkat Sumpah Khamis Ini

Next Post

Wujud Akta Pengurusan Lebihan Makanan Segera

Related Posts

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

31/10/2024
0

OVIEDO - Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE,...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

09/09/2023
0

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 800 orang,...

Next Post

Wujud Akta Pengurusan Lebihan Makanan Segera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd