• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tumpang Kemboja Dibayar AS$10,000

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Satu serbuan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Kemboja terhadap perdagangan ibu tumpang haram di Phnom Penh telah mengesan seramai 33 wanita yang dibayar untuk melahirkan bayi kepada pasangan China, kata pihak polis semalam.

Lima orang wanita, termasuk seorang warga China, telah ditahan semasa operasi di ibu negara pada lewat kelmarin, kata Ketua Unit Antipemerdagangan Manusia Phnom Penh, Keo Thea kepada agensi berita AFP.

“Kami telah menemui 33 orang ibu tumpang, ada yang telah melahirkan dan ada yang masih hamil,” katanya sambil menambah bahawa wanita-wanita tersebut telah ditawarkan sehingga AS$10,000 (RM40,020) untuk melahirkan bayi kepada pe­langgan dari China.

Pelonggaran dasar satu anak bagi setiap keluarga di China sejak dua tahun lalu telah mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap klinik kesu­buran dengan anggaran 90 juta wanita kini layak untuk memiliki anak lain selepas peraturan itu dimansuhkan.

Bagaimanapun, khidmat ibu tumpang diharamkan di China sekali gus memaksa mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan pilihan berpotensi dari luar negara.

Asia Tenggara telah lama menjadi destinasi ibu tumpang terkenal di peringkat antarabangsa kerana kos perubatan murah, kumpulan wanita muda yang miskin dan tiada undang-undang khusus tidak termasuk pasangan sejenis atau ibu tunggal.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan itu di negara-negara di rantau ini telah merosot berikutan beberapa siri skandal dan kritikan bahawa perniagaan tersebut mengeksploitasi wanita miskin.

Pihak berkuasa Kemboja mengharamkan amalan itu pada tahun 2016 selepas calon ibu bapa segera ini beralih ke negara miskin lain setelah pengharamannya di negara jiran, Thailand pada tahun sebelumnya.

Seorang jururawat Australia yang dipenjarakan selama 18 bulan kerana mengusahakan klinik ibu tumpang di Kemboja telah dijatuhkan hukuman berkuat kuasa pada bulan Januari lalu dalam satu kes besar yang menggambarkan pe­ranan negara itu dalam perdaga­ngan seumpamanya.

“Ini merupakan satu lagi kes ibu tumpang walaupun telah diharamkan,” kata Keo Thea sambil menambah bahawa wanita Kemboja akan dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Sosial sementara menunggu siasatan, manakala lima suspek akan hadir di mahkamah untuk perbicaraan hari ini. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: ibu mengandungKemboja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd