• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hairul Tak Kisah Dikecam, Bangga Mahu Anak Lasak

oleh
06/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Hairul Azreen mengakui tidak kisah dikecam netizen sebaliknya berasa bangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.

Memetik BH Online, Hairul berkata, sebagai seorang bapa, dia amat menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha.

“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.

Meskipun dia kurang berpengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya namun Hairul berpuas hati apabila anak lelakinya itu membesar menjadi anak yang lasak.

Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.

“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” ujarnya.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan terbaru, Hairul dikatakan antara salah seorang pelakon yang menjayakan drama mini bertajuk Pelangi Cinta yang diarahkan Isma Yusoof.

Drama mini lima episod yang disiarkan TV3 pada setiap Isnin bermula 7 Mei itu menampilkan Mira Filzah sebagai Bunga, turut bergandingan dengan Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Aiman Hakim Ridza. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hairul AzreenHanis Zalikha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Era Ku Li Tanding Presiden UMNO Sudah Berlalu

Next Post

BNM Sah Kabinet Terima Peletakan Jawatan Gabenor

Related Posts

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh...

Hairul Ditegur Sengaja Buat Hati Hanis Zalikha Tak Tenteram

09/08/2018
0

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah...

Next Post

BNM Sah Kabinet Terima Peletakan Jawatan Gabenor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd