• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Sifar: Kecewa Harga Tidak Berubah – KPDNKK

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah butik tudung jenama terkemuka diberi amaran, kelmarin berikutan menawarkan harga sama sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Zubir Hamsa berkata, pihaknya menerima aduan selepas resit pembelian tudung itu tular di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tudung dibeli pelanggan dengan harga RM50 pada 31 Mei lalu sama dengan pembelian pada Sabtu lalu sedangkan harga sepatutnya RM47.

“Dengan itu, kami menghantar pegawai penguat kuasa untuk pemeriksaan, namun mendapati semua harga jenis tudung itu sudah diperbetulkan.

“Mereka mendakwa masalah itu timbul berpunca daripada sistem pembayaran premis itu yang menghadapi gangguan sebelum pulih semalam (kelmarin).

“Peniaga itu juga akan mengembalikan semula wang lebihan bayaran pelanggan berkenaan menerusi rekod transaksi jualan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memberi amaran kepada pemilik premis dan pemeriksaan berkala akan dijalankan.

“Jika terdapat kes berulang notis akan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat mengenai peniaga tidak mematuhi undang-undang dengan pengurangan kadar GST boleh menyalurkannya menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000.

Maklumat turut boleh disalurkan melalui talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “KPDNKK ADUAN”. – myMetro Online

Tags: butikKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd