• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fobia Kisah Lalu, Amelina Cuma Kawan Dengan Semua

oleh
02/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAUMA atas kegagalan rumah tangga yang dibina selama 15 tahun lalu membuatkan Ratu Dangdut, Amelina enggan memikirkan soal jodoh dalam masa terdekat ini.

Bagi Amelina atau nama sebenarnya Amelina Amir Sharifuddin, kegagalan pada perkahwinan pertama bersama seorang ahli perniagan itu membuatkan hatinya sukar untuk dibuka kepada mama-mana jejaka di luar sana.

“Seseorang wanita yang pernah melalui trauma seperti saya sukar memiliki keinginan mahu berkahwin lagi.

“Jangan fikir saya begitu mudah mahu menerima jodoh. Jatuh cinta mungkin ada, tetapi apabila mahu meneruskan fasa seterusnya, jujurnya saya tidak berani memperjudikan nasib lagi.

“Diakui, ada ramai lelaki yang mendekati saya, tetapi saya hanya meletakkan batasan sebagai kawan. Saya tidak mudah menyerahkan cinta. Ada kala saya sukar mentafsir perasaan saya.

“Sama ada jatuh cinta, sayang atau sekadar suka apabila berkawan seseorang. Bagaimanapun, untuk melangkah ke fasa seterusnya, saya terus trauma,” ujarnya dipetik daripada portal BH Online.

Sebelum in, kecoh kononnya penyanyi berusia 43 tahun itu sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baharu iaitu Hafiz Bahari.

Hafzi dikatakan muda 15 tahun berbanding Amelina dan pertama kali mereka bertemu ialah ketika persembahannya di Kuala Kangsar, Perak.

“Hafiz datang menonton persembahan saya. Kebetulan, dia mempunyai urusan kerja di Kuala Kangsar ketika itu. Kami kenal dan cepat mesra. Sejak itu, sesekali kami bertanya khabar.

“Kalau berjumpa pun, kami tidak pernah ‘dating’ berdua, sebaliknya ditemani adik yang juga pengurus saya, Amir Hanafi. Bagaimanapun, tidak sangka pula isu ini menjadi bualan ramai.

“Tidak mungkin disebabkan gosip bercinta kami mahu memutuskan hubungan sebagai seorang kawan. Bagi saya mudah saja. Saya anggap Hafiz hanya kawan. Yang lain, terserah kepadanya.

“Umur saya membataskan segala-galanya. Saya yakin apabila berkawan dengan lelaki muda, saya hanya layak dianggap sebagai kakak,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa dia hanya mampu menyerahkan segala soal jodoh kepada Yang Maha Kuasa sahaja.

Malah dia juga teringat akan kisah silamnya yang mana pernah berkahwin dengan lelaki status suami orang walaupun perkara itu antara situasi yang mahu dielakkannya.

Dia juga berharap supaya kesilapannya pada masa lalu tidak lagi akan diulanginya  bersama dengan mana-mana orang baru pula.

“Saya tidak ambil tahu apa perasaan mereka terhadap saya. Sebenarnya, saya berkawan ramai lelaki muda. Ada antaranya kalangan anggota kelab peminat, sebahagiannya pula sering bekerjasama dengan saya.

“Mereka memanggil saya Kak Long. Bagaimanapun, tiada siapapun berani memadankan saya dengan mereka, mungkin segan dengan status saya sebagai penyanyi senior.

“Bersama Hafiz ini pula sebaliknya. Apabila memuatkan gambar bersama dalam laman sosial, peminat mula mendoakan kami, walhal kami hanya kawan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: amelinaNWTIZEN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amelina Berjaya Tepis Tanggapan Awal Warganet

01/10/2018
0

SHAH ALAM - Peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV 5), Amelina, 44, berjaya menepis persepsi awal segelintir warganet yang memilihnya...

Amelina Tertekan Peminat Mahukan Dirinya Yang Dahulu

02/04/2017
0

RATU dangdut tanah air, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina akui tertekan dalam memenuhi kehendak peminat yang menginginkan imej dirinya yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd