• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eaglexpress, Suasa Airlines Turut Gesa Mavcom Dibubar

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua syarikat penerbangan carter, Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. dan Suasa Airlines Sdn. Bhd., turut menyuarakan pandangan yang sama dengan AirAsia menggesa kerajaan baharu membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Presiden Eaglexpress, Kapten Azlan Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suasa, Kapten Sheikh Salleh Abod berkata badan kawal selia itu tidak memainkan peranannya dalam menggalakkan industri penerbangan untuk berkembang tetap sebaliknya menekannya.

“Mereka (Mavcom) boleh dikatakan membunuh kami (industri). Menteri Pengangkutan baharu perlu melihat semula fungsi-fungsi Mavcom sama ada ia masih lagi berdaya maju.

“Kami berharap akan ada pertanggungjawaban (tidak seperti kerajaan sebelum ini) kerana Eaglexpress banyak berdepan dengan ketidakadilan Mavcom,” katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Azlan dan Sheikh Salleh dengan tegas berpendapat bahawa Permit Perkhidmatan Udara (ASP), yang ketika ini diuruskan oleh Mavcom, harus dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mereka berkata sebelum penubuhan Mavcom, segalanya ditadbir di bawah CAAM bersama dengan Kementerian Pengangkutan dengan semua tugas dilaksanakan dengan cekap.

“Pada masa lalu apabila CAAM menguruskan industri penerbangan negara, ia kurang daripada 10 orang. Namun ia cekap dan tidak menanggung kos yang tinggi, yang saya rasa sekitar RM50,000 setahun,” kata Sheikh Salleh.

Mavcom ditubuhkan pada 1 Mac, 2016, di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi mengawal selia hal ehwal ekonomi dan komersial berkaitan dengan penerbangan awam di Malaysia.

Susulan itu, permohonan bagi Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) atau ASP perlu dibuat menerusi Mavcom dan bukannya dengan CAAM.

Beberapa bulan selepas penubuhannya, Mavcom telah membatalkan ASP Eagleexpress pada Disember 2016 kerana syarikat penerbangan bagi umrah dan haji itu tidak memenuhi keperluan berkanun untuk memiliki minimum RM30 juta dalam akaun manakala lesen Suasa digantung. – BERNAMA

Tags: Mavcom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan Ubah Jadual Sembarangan

11/05/2022
0

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran...

Kata Putus Harga Tiket Penerbangan Dicapai

18/04/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan - Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd