• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km8 Jalan Pontian-Kukup di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Norasmah Ab Karim, 37, berasal dari Kampung Serkat Timor Serkat, Pontian serta anaknya, Muhammad Azqullah Azhar, empat tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mustafa Bakri Salleh berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu seorang lelaki tidak memberhentikan kereta ketika hendak keluar dari simpang, menyebabkannya berlanggar dengan kenderaan yang membawa Norasmah sekeluarga dari arah berlainan.

Akibat pelanggaran itu, Norasmah dan anaknya mati di tempat kejadian manakala suaminya, Azhar Zainal, 39, yang memandu kenderaan cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Pontian.

Kejadian turut menyebabkan seorang lagi anak Norasmah iaitu Muhammad Aizat, 10, dan neneknya Noraini Sulaiman, 60, cedera dan dirawat di hospital sama.

Pemandu dan tiga penumpang pacuan empat roda itu pula terselamat namun Mahkamah Majistret Johor Bahru telah mengeluarkan perintah reman empat hari ke atas pemandunya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu melulu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd