• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dira Nafi Mahu Bertanding Ketua Puteri UMNO

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dira Abu Zahar menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Ia susulan laporan beberapa akhbar dan spekulasi di media sosial bahawa beliau dikatakan ada menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO.

Ketika dihubungi NSTP hari ini, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah iaitu anak bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Abu Zahar Ithnin itu menafikan kenyataan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan yang menjadi sebutan itu.

“Buat masa ini, apa yang tersebar bukan yang rasmi daripada saya. Nanti akan ada kenyataan rasmi akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Selain Dira, turut menyatakan kesediaan untuk bertanding merebut jawatan tertinggi sayap Puteri itu adalah Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Terdahulu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung sebelum 30 Jun ini, bagi membuka jalan kepada pemimpin lain membawa perubahan kepada UMNO.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, keputusan dibuat bagi menumpukan kepada usaha memberi khidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili mereka di Parlimen. – BH Online

Tags: dira abu zaharketua puteri Umno
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dira Tunai Impian Ibu Jumpa Hishamuddin

11/07/2018
0

PELAKON Dira Abu Zahar meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas dipilih menjadi Ahli Majlis...

Dira Abu Zahar Tanding MT UMNO, Bukan Ketua Puteri

11/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada bertanding atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd