• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO: Di Manakah Tengku Razaleigh Selama Ini?

oleh Haris
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEREBUTAN jawatan Presiden UMNO  30 Jun ini diramal sengit memandangkan tiga calon utamanya ada kelebihan masing-masing serta pengikut mereka yang tersendiri.

Biarpun lima calon layak bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu, tiga calon yang diramalkan bersaing sengit ialah antara Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Melihat kepada tiga pesaing itu, Ahmad Zahid dan Khairy merupakan individu penting dalam kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedua-dua mereka memegang jawatan dalam Kabinet dengan Ahmad Zahid memegang portfolio Menteri Dalam Negeri di samping Timbalan Perdana Menteri manakala Khairy memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Pencalonan Ahmad Zahid dan Khairy dilihat bertepatan memandangkan mereka berdua selama ini teguh mempertahankan UMNO daripada tohmahan buruk serta fitnah daripada Pakatan Harapan (PH).

Nama seorang lagi calon iaitu Tengku Razaleigh pula secara tiba-tiba muncul selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu apabila didesak untuk bertanding.

Penawaran diri beliau sedikit sebanyak menimbulkan persoalan ramai memandangkan Tengku Razaleigh selama ini dilihat tidak aktif dan seakan hilang daripada dunia politik.

Tidak dinafikan, Tengku Razaleigh atau Ku Li ada kredibiliti tinggi memandangkan beliau pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, penglibatannya dalam arena politik kebelakangan ini sangat mengecewakan sekali gus menjadikan pencalonannya untuk jawatan Presiden dilihat tidak berpatutan.

Hal ini kerana beliau boleh dikatakan tidak kelihatan bersama UMNO dalam perjuangan parti itu untuk menentang Pakatan Harapan dan Mahathir selama ini.

Tengku Razaleigh lebih selesa menetap di Kelantan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang tanpa mengambil bahagian dalam perjuangan UMNO dan BN.

Malah, khabar angin juga bertebaran bahawa Tengku Razaleigh jarang menghadirkan diri ketika Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO dijalankan dan lebih rela membuat halnya sendiri.

Tengku Razaleigh mungkin mempunyai reputasi sebagai penentang Mahathir apabila pernah cabar perdana menteri ke-4 itu bagi jawatan Presiden UMNO pada 1987 namun tewas dengan jumlah 43 undi.

Reputasinya itu membuatkan ramai pihak menganggap Tengku Razaleigh merupakan orang paling sesuai sebagai Ketua Pembangkang menentang Mahathir dan kerajaan PH.

Namun, persoalannya di sini adalah, dimanakah Tengku Razaleigh sewaktu Mahathir dan PH menghentam UMNO dan BN?

Di mana beliau sewaktu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjelajah seluruh negara berkempen dengan cara memburukkan UMNO?

Mengapa Tengku Razaleigh senyap sahaja dan langsung tidak menentang atau ‘melawan’ segala fitnah Mahathir?

Secara tiba-tiba, beliau menawarkan diri bertanding sebagai Presiden UMNO kononnya untuk membawa perubahan kepada parti selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Seorang pemimpin UMNO yang berwibawa sepatutnya mempertahankan parti setiap masa terutama sekali sewaktu diserang pembangkang sejak sebelum pilihan raya lagi.

Tengku Razaleigh sepatutnya sejak dahulu lagi menunjukkan kesungguhan serta keazaman beliau mempertahankan UMNO dan bukannya hanya bersuara melawan PH ketika ingin bertanding untuk sesebuah jawatan.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh juga dilaporkan pernah berjumpa dengan Mahathir bagi membincangkan cara-cara menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh mengubah pendiriannya selepas menyedari beliau tidak boleh mendapat sokongan secukupnya dalam kalangan Ahli Parlimen di Parlimen.

Bukankah insiden tersebut boleh dilihat sebagai satu cubaan bersekongkol dengan pihak lawan?

Bukan itu sahaja, Tengku Razaleigh selama ini juga pernah beberapa kali secara terang-terangan mengkritik UMNO secara terbuka. Kini, beliau pula yang mahu mengemudi parti berkenaan.

Selain itu, pada usia 81 tahun, mampukah Tengku Razaleigh mengangkat semula UMNO yang sedang dalam proses pembaharuan ini?

Kenapa UMNO inginkan pemimpin tua seperti di pihak ‘sebelah sana’? Semua ini jika difikirkan sebenarnya langsung tidak logik dek akal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Presiden UMNOTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vida Buat Penonton Ketawa, Hantu Kak Limah Menanti…

Next Post

Peminat Digesa Tidak Letak Tekanan Terhadap Neymar

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Tanding Presiden UMNO: Khairy Hanya Jawab ‘Let’s See’

Tanding Presiden UMNO: Khairy Hanya Jawab ‘Let’s See’

12/12/2022
0

PUTRAJAYA : “Let's see (tengok nanti),” kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan...

Next Post

Peminat Digesa Tidak Letak Tekanan Terhadap Neymar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd