• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Desak Polis Siasat Kadir Jasin, Hishamuddin Rais

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS Pahang menerusi sayap Pemudanya hari ini, membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin serta aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang didakwa hina Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini, di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhkan imej YDPA dan institusi Raja Melayu.

Katanya, selain Kadir dan Hishamuddin, laporan polis juga dibuat ke atas tiga pengguna Facebook atas akaun milik Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar di laman sosial itu.

“Kita melihat ada trend terhadap segelintir masyarakat yang cuba menjatuhkan dan menghina YDPA serta institusi Raja Melayu yang memerlukan pihak terlibat melakukan tindakan tegas bagi mengelakkannya daripada berterusan.

“Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak menganggu keharmonian negara. Seharusnya semua rakyat menghormati perlembangaan dan institusi tersebut,” katanya.

Andansura berkata demikian selepas menyertai Pemuda PAS Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.

Beliau menambah rakyat seharusnya faham bahawa kebebasan bersuara yang dinikmati perlu selari dengan rasa tanggungjawab dan seharusnya tidak menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak senang mana-mana pihak.

“Kita tidak menyekat kebebasan atau hak bersuara individu tetapi mesti ada had. Kebelakangan ini, ada suara suara-suara daripada mereka yang mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri melangkaui batasan dalam hak ini,” katanya.

Kadir dan Hishamuddin menerima kritikan daripada banyak pihak selepas memuatnaik artikel menyentuh mengenai Sultan Muhammad V di laman blog mereka, iaitu www.kadirjasin.blogspot.com dan www.tukartiub.blogspot.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis lalu mengesahkan Kadir yang juga tokoh wartawan veteran itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tulisannya.

Manakala Hishamuddin dalam laporan polisnya semalam menafikan ada memuat naik artikel berbau hasutan dan menghina YDPA sebaliknya mendakwa konon blognya itu telah digodam. – BERNAMA

Tags: A Kadir JasinHishamuddin Rais
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Latih Anak Kecil Puasa, Raya Izreen Sama Sahaja

Next Post

Pasar Tani Catat Jualan Hampir RM300 Juta

Related Posts

Apa Sebab Mahathir Letak Jawatan?

26/02/2020
0

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana ada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih mendengar cakap...

Kadir ‘Ajar’ Otai Reformasi Sejarah Peralihan Kuasa

21/02/2020
0

PETALING JAYA - Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini mengingatkan kumpulan pro-Anwar yang mendesak supaya presiden PKR itu dilantik...

Next Post

Pasar Tani Catat Jualan Hampir RM300 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd