• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dera Emosi Anak, Vida Disiasat Pegawai JKM?

oleh AK-47
14/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH menjadi kebiasaan buat pengikut yang sering mengikuti perkembangan dan gelagat Datuk Seri Dr. Vida dalam mendidik anaknya secara terbuka menerusi media sosial.

Pun begitu, dalam keadaan tertentu gelagat usahawan terkenal itu mungkin tidak dapat diterima segelintir pihak, malah ada yang beranggapan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman lebih kepada mendera.

Misalnya baru-baru ini, tindakan pengasas produk kecantikan itu ke atas Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali dengan panggilan Cik B telah disalahertikan ramai pihak.

Malah insiden berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM) selepas pihak berkuasa tersebut menerima aduan daripada orang ramai.

“Jujurnya saya tertekan berhadapan dengan situasi ini. Saya didatangan oleh orang Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab saya dituduh mendera emosi Cik B.

“Saya langsung tidak berniat untuk mendera emosi Cik B, sebaliknya mahu memupuk rasa yakin dalam dirinya yang kurang berkeyakinan,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Instagram.

Stresss..stressss.. Ada ke saya DERA CIk B? Dera EMOsi CIK B…. Ade yg Report kat JKM.. Masa kat Mood Repubik..PWtC Masa lancarkan baju Raya..Cik B . Sampai Jabatan Kebajikan Masyarakat Datang rumah.. Soal Cik B..1 to 1

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Jun 12, 2018 at 5:04am PDT

Vida turut menunjukkan bukti yang anaknya itu tidak mengalami kesan akibat tekanan emosi, malah masih menjalani rutin harian seperti biasa termasuk aktif bermain bola.

“Rasanya semua orang tahu dia seorang yang pemalu, kalau bukan Cik B, siapa yang kena tolong saya uruskan bisnes nanti? Siapa..siapa? Cik B kena tolong Mamaaa!” katanya lagi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Vida cuba melariskan produk baju raya di festival fesyen dan produk kecantikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Ramai yang kutuk Cik B. . Saya mmg nak dia melawa.. Tapi sampai nangis nangis Tak nak make up.. Saya kadang kalah.. Tambah kacak suka Sakat Cik B.. .. . Ni semalam masa nak ke Rakaman POP TV raya.. Nak pakai baju rayapun.. Ada baju T kat dalam.. Cer citer.. Macam mana nak buat sayang.m

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Jun 7, 2018 at 4:59am PDT

Kata Vida lagi disebabkan perkara itu, JKM turut mengadakan lawatan ke kediamannya bagi menyoal Edlynn secara perseorangan.

“Sampai Jabatan Kebajikan Masyarakat datang rumah soal Cik B one to one (berdepan),” katanya lagi.

Vida memang diketahui umum gemar menggalakkan anak perempuannya itu supaya menampilkan diri di khalayak ramai dengan gaya feminin.

Sebagai rekod, Vida sering memuat naik klip video ringkas di Instagram menunjukkan beliau menyolek Edlynn dengan produk kosmetik atau cuba menyerlahkan sifat keperempuanan anaknya itu melalui pakaian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cik Bdato vida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Didakwa Mesra Putra Amaris, Vida Mohon Doa Baik

24/07/2018
0

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida masih enggan ulas lanjut status dan hubungannya dengan pelakon, Putra Amaris yang kini kerap dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd