• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deklarasi Khartoum Akhiri Perang Di Sudan Selatan

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHARTOUM – Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan musuhnya, Riek Machar bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang dijangka berkuatkuasa dalam tempoh 72 jam, bermula semalam.

Persetujuan itu juga bakal menamatkan perang yang sudah berlarutan selama lebih empat tahun.

Konflik terbabit tercetus sejak 2013, iaitu kira-kira dua tahun selepas Sudan Selatan mencapai kemerdekaan dari Sudan, apabila Kiir menuduh bekas timbalannya, Machar merancang menggulingkannya.

Perbalahan itu meragut ribuan nyawa, selain menyebabkan empat juta penduduk hilang tempat tinggal dan memaksa mereka meninggalkan negara itu sehelai sepinggang.

“Semua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata kekal dalam tempoh 72 jam,” kata Menteri Luar Sudan, Al-Dierdiry Ahmed selepas mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pemimpin di Khartoum.

Difahamkan, Kiir dan Machar turut menandatangani dokumen yang dikenali sebagai ‘Deklarasi Khartoum’ sambil disaksikan oleh Presiden Sudan, Omar Al-Bashir.

“Hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sudan Selatan sudah tiba dan saya gembira kerana ia (gencatan senjata) berjaya dicapai,” kata Kiir selepas menandatangani deklarasi berkenaan.

Sementara itu, Machar berkata, dengan termeterainya perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa di seluruh negara itu, bermakna berakhirlah perang antara kedua-dua pihak. – AFP/BH ONLINE

Tags: perangSudan Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

‘Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran, Pingat Jika Pamer, Lekat Lambang Pada Kenderaan’

Hizbullah ‘Sedia Beraksi’ Tentang Israel Bila Tiba Masanya

14/10/2023
0

BEIRUT: Gerakan Hizbullah berpusat di Lubnan yang disokong Iran hari ini menyatakan pihaknya 'bersedia sepenuhnya' untuk menyertai sekutunya Hamas dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd