• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Cuti’ Menoreh Getah Demi Rezeki Buah Kabung

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Permintaan tinggi terhadap buah kabung terutama ketika Ramadan menyebabkan ramai penoreh getah sanggup berehat seketika daripada menoreh untuk mendapatkan buah tersebut.

Walaupun proses untuk mendapatkan buah itu yang juga dikenali sebagai buah kanto atau kantau bagi masyarakat daerah Perak Tengah rumit, namun hasil yang bakal diperoleh sangat lumayan.

Difahamkan harga jualan isi buah itu yang belum disira dengan air gula adalah RM10 sekilogram, bergantung kepada pasaran semasa.

Pasangan suami isteri Razuan Talib, 66, dan Rajamah Man, 54, dari Kampung Tua, Belanja Kiri di sini sanggup berehat seketika daripada menoreh getah sepanjang Ramadan bagi mencari dan memproses buah tersebut.

“Saya ada pembeli serta pemborong tetap dari kawasan lain yang akan menelefon bagi beli buah ini apabila tiba bulan puasa,” kata Razuan yang berpengalaman mencari buah itu selama 20 tahun kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut warga emas itu, permintaan isi buah kabung yang sudah diproses melonjak setiap kali Ramadan dengan purata kira-kira 15 kilogram setiap hari seterusnya memberi pulangan lumayan kepada keluarga.

“Urusan jual beli buah ini rahsia. Hanya saya dan pembeli sahaja tahu berapa harga jualannya. Rehat sekejap daripada menoreh sebenarnya berbaloi kerana buah ini memang ada peminatnya terutama pada bulan puasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Razuan berkata mengambil buah kabung mempunyai teknik tersendiri dan buah yang dipilih perlulah buah yang muda.

“Pokok kabung dan buahnya mempunyai sifat semula jadi menyebabkan rasa gatal dan miang, maka harus berhati-hati dan jika pokok itu terlalu tinggi kami gunakan ‘siga’ iaitu tangga yang diperbuat daripada buluh,” katanya.

Beliau berkata selain merebus, satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan isi buah kabung ialah dengan membakar tandan buah itu dalam api yang marak, namun ia mengambil masa lama.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha buah kabung, Affendi Abdullah, 52, juga dari Kampung Tua berkata perusahaan tradisi pemanis mulut itu akan lenyap ditelan zaman jika tiada pengganti daripada kalangan generasi muda.

“Semakin kurang yang sanggup terlibat dalam pemprosesan buah berkenaan yang rumit walaupun ia dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi selain boleh menyejukkan badan,” katanya. – BERNAMA

Tags: buahPenoreh Getah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Utamakan Keselamatan Rakyat – ATM

Next Post

APM Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

03/09/2024
0

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga...

Next Post

APM Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd