• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Cikgu Sporting Raya’ Memang Sporting Habis

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI cara terkini dilakukan orang ramai dalam menghasilkan ucapan sempena Aidilfitri yang bakal tiba seperti mengutuskan kad raya secara maya atau mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Kem di Kulai, dekat Johor Bahru, pula mencipta kelainan apabila tampil menghasilkan ucapan menerusi klip video sehingga tular di media sosial dalam tempoh dua hari ia dimuat naik.

Setakat 11 Jun, klip video bertajuk ‘Cikgu Sporting Raya‘ berdurasi hampir enam minit itu mendapat hampir 140,000 tontonan dan lebih 2,400 perkongsian sejak ia dimuat naik pada 9 Jun lalu.

Ia memaparkan seluruh warga sekolah merangkumi guru, kerani pentadbiran, murid, guru besar serta pengawal keselamatan menyanyikan lagu ‘Warna-warni Aidilfitri’ dengan penuh semangat dan dedikasi selain menari beramai-ramai di bawah panas terik.

Idea kreatif menghasilkan video tersebut dicetuskan seorang guru Bahasa Melayu, Mohammad Yusof Abd Latip, yang mahu mengisi masa lapang murid dan guru dengan aktiviti yang dapat menceriakan suasana persekolahan.

“Sebelum rakaman video dibuat, pihak sekolah sudah memaklumkan kepada ibu bapa mengenainya. Alhamdulillah, sehingga hari ini respons yang kita terima terhadap video itu amat positif,” katanya ketika dihubungi.

Mohammad Yusof berkata, penggambaran video selama dua minggu itu mendapat bantuan guru Bahasa Inggeris, Zaharudin Mohd Zabir, guru Bahasa Inggeris dan Rekabentuk Teknologi, Suhana Mohamed serta guru Bahasa Melayu dan Reka Bentuk Teknologi, Aidura Hanim Azmin dan rakaman dilakukan pada waktu lapang murid dan guru.

“Kita buat waktu pagi sebelum masuk kelas, waktu rehat dan waktu balik untuk pelajar pagi dan sebelum pelajar waktu petang masuk kelas.

“Mana-mana guru yang ada masa lapang, kita terus kumpulkan dan rakam sebab kita tidak mahu mengganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P),” jelasnya yang turut menyelitkan aktiviti murid di sekolah itu seperti Tadarus al-Quran dalam klip video tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Polis Kem, Mohamad Mohidi Sibli berkata video berkenaan merupakan satu inisiatif baik yang dilakukan dengan kerjasama guru dan sokongan ibu bapa.

“Peralatan yang digunakan semuanya adalah peralatan peribadi daripada guru-guru yang terlibat dan dibantu pihak sekolah. Keseluruhannya, 60 guru dan lebih 600 murid terlibat dalam penghasilan video hari raya berkenaan,” katanya.

Menurut Mohamad Mohidi, sekolah itu pernah tular menerusi video bertemakan ‘Bollywood’ yang dibuat sempena sambutan hari guru sebelum ini. – myMetro Online

Tags: kreatifucapan aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

02/03/2019
0

KIEV - Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam...

Serba Dinamik Komited Bantu Industri Kreatif Melalui GCE

30/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd komited dalam membantu membangunkan industri kreatif melalui aplikasi digital ‘Global Content Exchange’ (GCE) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd